Aku, Suami dan Myspace 1.0

Assalamualaikum..
Hari ni tetiba teringat nak buka acc myspace yang dah lama berhabuk tu. Ye la, sekarang mana lagi orang main myspace.. semua dah guna Fb, Twitter, dll. Tapi bagi aku, antara semua sosial network yang aku pernah guna, myspace 1.0 ni la yang aku rasa yg terbaik.. sebelum ia menjadi myspace 2.0 dan myspace 3.0. Aku rasa myspace sekarang ni lagi ke laut! Scroll bukan ke bawah, tapi scroll ke tepi..apa kejadahnya.
Banyak kenangan yang aku lalui dengan myspace 1.0 ni. Dari situlah aku start belajar html coding.. dan dari situlah juga aku kenal dengan suami aku.


Korang tengok suami aku.. siap pakai nick are yong gay lagi..hahhaha.. ni la kali pertama suami aku tegur aku, siap suruh komen gambar dia lagi..hahaha, tak boleh blah. Malam tu aku add dia kat ym, tapi tak pernah borak pun. Kat myspace pun aku tak berapa layan dia sangat.. aku start balas sikit-sikit komen dia lepas dia sound aku sombong, tak layan dia...hahaha.. marah plak mamat ni! :P

Masa tu, aku ada boyfriend lagi.. tapi boyfriend aku ni tak boleh harap punya orang. Dia boleh delete aku punya account myspace.. jakun giler bila dia check aku punya account ramai lelaki tegur, aku bukannya layan pun. Lepas tu aku tinggalkan dia sebab geram sangat.. kau fikir kau hensem..haha..

Aku buka akaun myspace baru, suami aku tegur.. akaun myspace aku mana dah. aku cakap dah delete..so dia ajak borak kat ym pula. Tu pun aku tak layan sangat, sebab dah ada boyfriend baru masa tu.. bf baru ni pun tak boleh pakai.. ajak aku lepak ngan kawan dia, tp dia pergi lepak dengan perempuan lain.. aku pula macam tunggul tunggu dia.. memang bengang giler la masa tu.. aku suruh dia hantar aku pergi cc. Sampai cc, dia tinggalkan aku sorang-sorang.. bukan nak pujuk. Ok tak pe, ko tengok nanti aku buat apa..

Masa kat cc, aku buka ym.. borak dengan suami aku.. aku luah kat dia sampai nangis-nangis.. bengang + sedih. Last-last suami aku bagi nombor telefon dia sebab dia nak sign out, nak pergi lepak dengan kawan-kawan dia.. dia pesan kalau nak tengok dia main bola dia suruh aku call dia.

Bila suami aku sign out, aku pun balik rumah. Aku fikir-fikir.. best juga tengok orang main bola.. last-last aku call suami aku..kata nak ikut dia, tengok dia main bola.. so, dia janji pick up aku esok petang..
Keesokkan harinya, aku tak bagitahu pun bf aku yang aku keluar dengan suami aku ni, keluar sembunyi-sembunyi..siapa suruh kau tinggalkan aku macam tunggul kayu masa lepak dengan kawan kau.. yang kau pula sedap borak dengan perempuan lain.. 

Dalam pukul 3 macam tu, suami aku pick up aku kat rumah aku kat Desa Mentari.. masa tu aku tinggal kat sana... suami aku datang dari Ampang.. time tu la aku jumpa dengan suami aku buat pertama kali.. tapi aku tak cam muka dia.. sebab dia bawa kawan dia.. kat myspace aku tak tengok sangat gambar suami aku ni..
Dalam kereta, aku duduk seat belakang. Aku try usha suami aku kat cermin tengah, last-last kantoi dengan suami..aku pura-pura tengok tempat lain..haahaha..aku ni dah kenapa...sampai kat padang bola, suami aku tanya nak makan tak? Aku cakap nak makan nasi ayam Mc D.. suami aku cakap mana ada nasi ayam Mc D.. arghhh! apa ke bangang aku ni.. malu siot! hahaha.. sebenarnya aku nak cakap bubur ayam..adoi! 
Masa suami main bola, aku kagum wey.. sebabnya dia dapat golkan bola..dari jauh kot.. terer gak mamat ni main bola.. i like! Lepas dia main bola, dia ajak aku balik rumah dia kejap, aku tunggu kat bawah rumah sebabnya dia nak mandi..and after tu dia nak ajak aku keluar. 

Sejak hari tu, aku dah berkawan dengan suami.. tp aku still dengan bf aku. Suatu hari, kantoi pulak aku punya mesej dengan suami aku.. punya bf aku bengang.. and kitorang terus putus.. and suami aku ni pula trus masuk line..haha.. sampailah sekarang, dia dah menjadi suami aku dah pun... benda pertama yang aku tertarik dengan suami aku ni, dia punya nama.. unik! Kembanglah idung suami aku ni..hahha..



0 comments: