Aku Rasa Bengang

Assalamualaikum..
* jangan baca entry ini jikalau anda mempunyai hati yang suci. Kerana entry ini akan menggelapkan hati anda yg suci tu. ;p

Ok, hari ni mmg aku bengang giler! Rasa nak caci maki pun ada.. disebabkan masih ada rasa hormat dengan orang tua, aku still boleh control lagi, kalau tak memang dah lame aku maki orang tua tu. Kisahnya begini, aku pergilah melawat saudara belah laki aku, anak perempuan dia baru lepas bersalin. Aku pergi ngan Irsyad, suami aku ngan MIL. Irsyad baru nak masuk 3 bulan, so untuk pengetahuan korang.. aku memang nak bagi makan anak aku bila umur dia 6 bulan.. sebab aku nak pastikan Irsyad dah betul-batul boleh accept makanan.. Nak dijadikan cerita, bapa kepada budak yang kitorang lawat tu tanya la, dah bagi makan Irsyad kah? Aku cakap la, nak bagi dia makan kalau umur dia dah 6 bulan. Perghhh! Boleh pula pakcik tu besarkan suara dia kat aku.. "APA? Nak bagi makan bila dah 6 bulan?! Kalau kat Bawaean, anak 7 hari dah makan nasi!Budak tu lapar la kalau macam tu!" Arghhh!! rasa nak maki je masa tu, kalau ye pun ko tak payah la besarkan suara ko! Rasa nak tunjuk simbol jari tengah je! Tak payah la nak tunjuk pandai pakcik.. penipu besar anak baru 7 hari dah makan nasi.. baik pakcik terjun bangunan kalau macam tu.. * dalam hati je ni..
walau aku tak pernah sampai Pulau Bawaean, Indonesia lagi.. tapi aku tau la pakcik keadaan kat sana macam mana.. nak refer anak pergi klinik pun payah, so comfirm-comfirm la tahap pengetahuan tentang kesihatan rendah. Sedangkan dorang cakap anak kena bisul sebab makan jambu batu.. hahaha, rasa nak terberak je dengar,, Kalau ko nak nipu misi macam aku ni, kata anak 7 hari dah boleh makan nasi..memang silap besar la ko pakcik.. aku bukan nak berlagak, tapi kalau aku kena tinggi suara macam tu, siapa tak bengang kan. Kau tak payah la nak ajar aku pakcik, ajar anak pakcik tu dulu ye.. Sekian.