BERI ANAK MAKAN SEBELUM 6 BULAN

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni dah masuk hari ke 40 berpantang, and sepanjang berpantang memang macam-macam dugaan yang aku lalui. Kalau setakat masalah nak jaga anak, tak sangat..aku ok je. But, dugaan dek mulut-mulut orang yang nampak ibu muda/ baru nak jadi ibu macam aku ni. Dorang fikir aku ni macam bebal sangat nak jaga anak rasanya.. macam aku ni tak tahu apa-apa. Haihhh! memang mengundang gangguan emosi! Bila aku cakap benda yang betul, mula la dorang cakap...aik, kenapa macam tu?! aik..mana boleh...ee, geram la aku weh! lagi-lagi bila yang bertanya tu dah ada anak 5, ada cucu.. memang dorang akan tunjuk pro. Aku ni dah la jenis susah nak percaya kalau benda yang dorang cakap tu tak masuk akal.

Baru-baru ni bila aku bawa Irsyad pergi kenduri kahwin, masa tu umur dia baru 38 hari ( aku pergi pun sebab terpaksa, dorang bukannya tak tahu aku belum habis pantang).. datang la sorang nenek tu, tanya kat aku samada dah bagi Irsyad makan ke belum sebab dia nak bagi Irsyad makan nasi or puding. Giler kau! nak bagi anak aku makan! Umur anak aku baru 38 hari ok! Aku pun cakap la aku nak bagi anak aku makan bila dah umur 6 bulan, pastu boleh pula dia cakap " uik.. kenapa macam tu, lapar la anak kau nanti! Bagi je makan sekarang pun tak apa la! " Ewah-ewah.. aku dah cakap 6 bulan, 6 bulan la..ni anak aku ke anak kau.. sebenarnya aku malas la nak explain kenapa nak bagi makan lepas 6 bulan kan? Nenek umur 70 tahun boleh faham ke bila aku explain?

Lagi satu, bila dorang tanya kenapa tak bagi makan sekarang, aku pun jawab tak bagi anak tersedak sebab awal sangat, karang aku explain sebab usus tak matang lagi, lagi la dorang tak faham.. dorang akan cakap " ala, anak2 (menunjukkan dorang ni dah ramai anak ) akak/makcik/nenek/ pun sebelum ni bagi makan awal pun tak ada pun tersedak..ok je.." hah! yang ni memang buat aku beremosi bengang! Nak je aku cakap " aik, suka hati aku la, ni anak aku..aku yang mengandungkan dia 9 bulan.. aku nak bagi yang terbaik untuk anak aku.. kalau aku bagi anak aku makan sekarang kalau tak tersedak alhamdulillah, tapi kalau tersedak and jadi apa-apa kat dia..kau nak tolong tanggung ker!?

Ada beberapa ayat yang amat-amat sesuai dengan situasi aku sekarang ni...

Imam Syafie berkata : "Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku akan kalah dan tewas kepada seorang yang jahil kerana mereka tidak mengetahui akan landasan-landasan ilmu."

"Never argue with an idiot, they drag you down to their level and beat you with experience"

Aku ok dengan pengalaman yang masuk akal, and ada fakta yang menyokong apa yang mereka cakap tu... tapi bila bercakap berlandaskan pengalaman tetapi salah! Itu memang aku tak pakai! Tapi bila aku argue, nanti dorang cakap aku tunjuk pandai pula padahal baru anak sorang.

Kat bawah ni ada panduan tentang kapasiti perut bayi, so bayangkan kalau bayi diberi makan sebelum 6 bulan.. erm, korang fikir la sendiri

Kadang-kadang aku pening macam mana nak ubah minda orang lain, lagi-lagi orang tua.. nak tegur salah tak tegur lagi la salah. Dorang cakap anak lapar kalau tak bagi makan..
Para suami seharusnya memberi support kalau benda tu betul, sebab kadang-kadang yang jaga anak kita ni mak mertua.. lepas tu mak mertua kita ni pula jenis berfikiran macam tu.. asyik fikir anak kita ni lapar je.. kita nak tegur pun salah.. so suami kena la faham, tolong la tegur mak dia, ye la mak dia sendiri kan..anak pun anak dia juga kan.. karang isteri tegur lain pula ceritanya. Tapi kalau suami pun sekepala dengan mak dia..rasa cam nak hempuk pun ada! Tapi kalau aku la, aku tegur je..ko nak sentap ko punya pasal, hahaha.

Dah la, panjang pula entry aku kali ni.. so, kesimpulannya.. JANGAN BERI ANAK ANDA MAKAN SEBELUM BERUMUR 6 BULAN.SEKIAN.

0 comments: