Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul

Assalamualaikum w.b.t..
Selesai juga akhirnya majlis aqiqah dan cukur jambul Irsyad. Kesian dia, rambut bahagian tengah dia tumbuh tapi sangat2 tak lebat, so nak gunting pun kena kat rambut bahagian tepi je. Nasib baik masa majlis tu dia tidur, orang gunting rambut dia pun dia tak sedar langsung.

Sebelum majlis sedap je dia tidur :)

Semasa majlis pun tidur lagi.
Antara tetamu yang hadir
Lepas majlis baru dia buat perangai, manja ngan nenek iyang ye..


Mungkin kita lupa samada ibu bapa kita melakukan aqiqah untuk diri kita atau belum.. kalau dah buat, alhamdulillah.. tapi kalau belum kita digalakkan untuk melakukannya jika kita mampu kerana ia sangat2 digalakkan. 

0 comments: