Lahirnya Khalifah Allah

Assalamualaikum w.b.t..
25.9.13 yang lepas aku telah selamat melahirkan seorang khalifah Allah. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya menyambut kelahirannya setelah 9 bulan menunggu..so, hari ni aku nak share cerita pengalaman pertama melahirkan anak..

24.9.13

04:00
- Terbangun sebab sakit perut. Ingatkan sakit perut biasa je, tapi sakit tu hilang and datang balik selepas 10 minit. Aku tahan lagi, sebab sakitnya seperti sakit perut biasa.
04:30 - Aku bangunkan suami, and bagitahu aku sakit perut tapi tak pasti lagi sakit perut nak yak..yak.. ke or nak terberanak. Aku suruh dia standby je kalo jadi apa-apa. Aku ingatkan nak gi kerja lagi hari tu, sebab takut bila gi hospital belum masanya nak beranak pun.
08:00 - Sakit perut bertambah and datang setiap 10 minit. Aku ajak suami pergi hospital, masa mandi darah keluar tapi tak banyak pun, dua titik je.
08:30- Sampai kat Hospital Ampang , aku gi makan roti dulu konon-kononya nak ambil tenaga kalo nak meneran nanti, lepas tu mendaftar kat PACdisambut oleh SN Nabila, iaitu rakan aku sendiri, hilang sikit rasa nervous :) . Salin kain, lepas tu JM tolong pasangkan CTG. Masa tu sekali jer aku rasa sakit perut, hampeh betol!
09:00 - Doktor P buat VE, tak de la sakit sangat macam yang dorang selalu duk cerita. Lepas buat VE, rupanya laluan tak buka lagi, ceh! buat suspen je. Doktor cakap boleh balik dulu and cakap tu just false labour. Ok, tak pe. Aku balik rumah dulu.
12:00 - Perut dah makin sakit, aku still tahan lagi. Tapi tak nak gi hospital lagi takut kena suruh balik rumah. Aku tunggu sampai aku dah tak boleh tahan baru aku gi.
19:00 - Sakit masa ni memang tak tahan dah, aku duk asyik minta kena peluk ngan suami, nak kurangkan sakit, nasib baik suami faham. Setiap 10 minit nak kena peluk...hahahha... sumpah mengada-ngada. Tapi tu je cara yang boleh kurangkan sakit aku masa tu, sumpah tak tipu! :P Setakat nak genggam-genggam tangan memang tak hilang sakit tu. Masa ni terus ajak suami gi hospital.
19:30 - Sampai je kat pagar hospital, aku rasa nak terberanak dah. Rasa nak duduk je kat depan pagar hospital and push time2 tu juga. Tapi aku gagahkan kaki melangkah masuk ke PAC.
20:00 - Doktor buat VE lagi, masa tu laluan dah buka 4cm. Doktor cakap terus masuk labour room. JM kat sana suruh gi berak dulu, dia bagi ravin enema suruh masuk dalam saluran air besar. Lepas masukan enema, terus keluar bahan buangan aku time2 tu juga.. lega sebab aku tak nak nanti baby aku ada kembar yang tidak diingini... lepas tu, JM tu masukkan branula 18 G kaler hijau.. 1st time kena masuk branula.. selalunya aku yang masukkan ke tangan pesakit, hari ni aku pula kena. Tapi masa JM tu masukkan branula memang tak rasa sakit.. pandai kau JM..fuh! selamat.
21:30 - Kena tolak gi labour room, perasaan memang berdebar-debar.. masuk bilik 5. JM yang bertugas kat bilik 5 pasangkan CTG lagi...setkan drip. Doktor datang nak pecahkan air ketuban. Masa air ketuban pecah rasa cam air suam mengalir..
22:30 - Aku rasa sakit memang dah tak boleh tahan, gas Etonox aku duk sedut dalam-dalam...sakit tak hilang tapi buat aku lalok... pening-pening macam tu. Posisi aku masa tu mengiring kiri kanan.. kurangkan sakit. Kain aku ntah ke mana, tapi KUP n JM tolong betulkan kain aku, thanks sebab jaga privasi!
23:00 - Suami masuk bilik bersalin, masa tu dia nak bagi sokongan emosi..tapi aku pula suruh dia diam.. sebab aku tak nak ada gangguan.. kesian suami aku masa tu.. tapi apa boleh buat, aku memang tak tahan dah..memang rasa nak meneran. Sementara tunggu staff labour room datang bagi signal suruh teran, aku duk curi dengar pesakit-pesakit bilik sebelah.. just dengar suara suruh2 push, dengar macam marah-marah je, aku dah start rasa takut. Takut kena marah sebab tak reti push. Adoi!
23:45  - Sister masuk bilik aku, dia buat VE, dah buka 7 cm. Dia cakap nak tolong aku.. dia suruh aku teran.. aku apa lagi..terus teran and teran.. nampak macam kepala tak lepas, sister tu buat episiotomi.. baru kepala baby nampak. Suami pula duk tolong aku ampu kepala and bantu aku buat kiraan nak push baby.. Tapi aku memang puji sister ni, kelembutan dia menjalankan tugas menaikkan semangat aku nak push, masa tu just ada sister tu and JM yang conduct kes aku..aku ni dah la jenis tak boleh kena teriak-teriak, terus down nak push.. aku praktikkan segala ilmu yang aku baca dari pengalaman blogger2 lain. Masa Push memang tak kuar suara just nafas tak panjang nak teran. T.T

25.9.13

00:56
- Baby selamat keluar ke dunia.. memang lega sangat-sangat bila dengar baby menangis.. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan masa tu..

Kepada semua staff yang terlibat, aku ucapkan terima kasih banyak2, tanpa korang semua aku tak tahu camna nak lalui saat genting lahirkan khalifah Allah ni. Dan kepada suami tersayang, maaf atas segala perbuatan sayang semasa temankan sayang start sakit sampai baby keluar and terima kasih gak sebab memahami sayang, support sayang semasa sayang tengah sakit meneran.

Irsyad Darwisyah



0 comments: