Irsyad Darwisyah Dah Sebulan

Assalamualaikum w.b.t..
Masa yang berlalu tak terasa pun, tup-tup dah sebulan anak mama ni. Dari kurus je masa lahir, dah tembam dah dia sekarang. 


Susah sangat nak ambik gambar dia masa bangun, ye la.. buka mata je terus nangis nak susu, lepas menyusu je terus tidur balik..

Dulu masa lahir berat 3.2 kg, selepas sebulan naik 1.1kg.. anak mama kuat menyusu :).. 
Panjang pun naik  7cm dari lahir hari tu..
Sihat anak mama ni. 
Semoga Allah memberi kesihatan yang terbaik buat anak mama ni. Aminn...