Dugaan Anak Terkena Bisul

Assalamualaikum w.b.t..

Baru-baru ni dugaan menimpa anak aku yang baru berumur 3 minggu. Memang kesian gila, sebab terkena bisul kat punggung area anus. Dia nak buang air besar pun menangis, menangis bukan yang slow2 punya.. menangis sampai tak keluar suara, sakit sangat kot. Kalau orang besar pun kena bisul comfirm sakit sangat2 kan, ni apatah lagi  bayi berumur 3 minggu. Ya Allah, hanya Allah je yang tahu betapa risau dan sedihnya aku tengok anak aku macam tu. Nak cuci anus dia lepas buang air besar memang susah, sebab nak sentuh sikit pun dia dah menjerit menangis sakit. Nak cakap aku tak cuci anus dia dengan bersih, tak jugak.. aku memang cuci bersih2. Aku terus bawa dia ke klinik, dorang just bagi antibiotik Cloxacillin.. setiap kali aku bagi kat anak aku dia muntah. Tambah aku risau, macam mana nak baik kalau tak makan ubat. Selang dua hari, bisul tak juga kecut-kecut.. anak aku still menangis setiap kali buang air besar. Aku pergi klinik lain, dorang still bagi antibiotik yang sama just sekarang dorang bagi ubat sapu. 2 hari aku bagi, still juga tak ada perubahan. Doktor kat klinik cakap jumpa dia lepas hari ke tiga, so hari ketiga aku bawa anak aku jumpa doktor tu.. last-last dia cakap tak de perubahan so dia refer anak aku ke Hospital Ampang. 
Sampai kat hospital, daftar kat kecemasan sebab Hospital Ampang takde outpatient rasanya. Jumpa MO, dia ambik darah kat tangan anak.. lagi anak aku menjerit sakit. Tapi tak kisah, biar sakit sekali je jangan sakit berpanjangan disebabkan bisul tu. 
Anak aku kena tahan sekejap kat wad pemerhatian, sementara tunggu MO Oncall Surgical datang tengok and refer kat pakar dia. Lepas MO tu tengok, and cakap kat pakar dia tentang anak aku, dia cakap boleh discharge. Dia bagi ubat antibiotik Augmentin, dia suruh bagi anak aku selama 7 hari...harap2 bisul boleh kecut.
Alhamdulillah,anak aku suka pula ubat antibiotik tu..may be rasa dia manis2 kot.. bau dia pun wangi. Selepas 2 hari bagi ubat tu, dah nampak perubahan..bisul dah start kecut.. and anak aku pun dah tak menangis sangat.. 4 hari lepas bagi ubat..anak aku dah tak nangis langsung masa buang air besar. Rasa syukur sangat-sangat. Hari ni dah seminggu anak aku minum ubat tu, dan aku dah stop bagi sebab ubat tu boleh bagi selama seminggu je. Bila check bisul dia, dah langsung tak da! Aku gembira sebab anak aku dah sihat. Hope bisul tu tak datang balik... :), lepas ni just tunggu 4 hari lagi nak jumpa pakar, may be dia nak tengok perubahan lepas ambik ubat tu kot, sebab kalo tak kecut may be dorang nak buat sedikit incision nak buang nanah dalam bisul tu. 

Ni la ubat antibiotik yang anak aku suka tu..
Mujarab, may be effect dia lagi kuat dari Cloxacillin

Ubat minum sebelah kiri tu, setiap kali anak aku minum dia muntah.. kesian anak aku :(
Tak de effect pun kat dia. 


0 comments: