Prosedur Wanita Hamil Naik Kapal Terbang (Airasia)

Assalamualaikum w.b.t...
Bagi sesiapa yang nak bercadang naik kapal terbang semasa mengandung samada nak balik kampung ker or nak cuti-cuti Malaysia.. korang kena tahu ni dulu..

Usia kandungan 27 minggu ke bawah
- Tidak perlu surat doktor tetapi kena sign Penyata Liabiliti Terhad Airasia/ AirasiaX.

Usia kandungan 28 hingga 34 minggu
- Perlu surat doktor yang merawat korang, yang menyatakan korang ni fit untuk penerbangan.
- Dalam surat doktor tu, kena ada tarikh EDD ( Estimated Date of  Delivery) dan tarikh surat tu dikeluarkan. Kalau dua-dua tarikh ni tak da, tak naik kapal terbang la korang! hahaha.
- Surat tu sah untuk 30 hari dari tarikh penerbangan korang, lepas dari tarikh tu kena ambil surat lain.
- Tandatangan Penyata Liabiliti Terhad Airasia/ AirasiaX

Usia kandung 35 minggu dan ke atas
- Tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan.

So, lepas tu masa korang check in nanti korang boleh dapatkan Penyata Liabiliti Terhad Airasia kat kaunter. Dorang check surat doktor dulu, pastikan semua maklumat ada, baru dorang bagi Penyata Liabiliti Terhad tu untuk korang sign. Dorang akan buat salinan surat doktor dan penyata tu, sebab korang perlu bagi kedua-dua benda ni kat cabin crew masa korang naik kapal terbang nanti.
Kat bawah ni adalah contoh surat-surat doktor yang aku dapat masa naik kapal terbang hari tu..

 Surat ni surat yang kena REJECT! Sebabnya doktor tak letak tarikh~ Aku pun tak perasan, terpaksalah ambil surat lain, nasib baik kat LCCT ada Poliklinik Pusrawi..

 Surat yang macam ni dorang terima, tapi masa check kat klinik tu kena bayar RM 50. Tak kisah lah, janji dapat naik kapal terbang hehehe~

Ni lah contoh Penyata Liabiliti Terhad yang korang kena sign masa check in kat kaunter.

Kesimpulannya, rancanglah perjalanan korang sebelum booking tiket. Karang free2 je tak dapat naik kapal terbang.

1 comments: