Bila Aku Mengandung..

Assalamualaikum w.b.t..

Setelah disahkan mengandung bulan 2 yang lepas, macam-macam dugaan yang aku lalui. Biasa la ibu mengandung kan, muntah sana muntah sini. Tapi aku tak de la nak muntah-muntah, aku just muntah bila terhidu ayam goreng je... sampai sekarang aku tak sentuh ayam goreng bukan sebab jijik, sebab memang tak boleh.. sebelum mengandung tak de la plak macam tu.. semua aku sental masuk perut.

Trimister yang pertama

Aku rasa memang tak nak makan nasi. Tekak rasa kembang je. Lapar memang la lapar, aku ganti dengan makan roti dan makan buah-buahan. Suami siap beli susu Anmum, tapi bila minum susu je perut start rasa tak sedap, rasa makan tak hadam macam tu.

Lepas tu, badan rasa sangat-sangat lemah. Nak bangun awal pagi pun susah.. nak baring je. Nasib baik kena gi kerja, kalau tak.. memang terperap la aku atas katil tu.

Sakit kepala tu memang selalu, tapi aku tak makan ubat pun, tahan je.. lama-lama dia hilang. Esoknya, sakit kepala lagi.. adoiyaiii!

Rasa perut tak selesa, setiap kali makan perut rasa kembung.. padahal makan sikit je kot.

Pundi kencing rasa sentiasa penuh, kadang-kadang selang beberapa minit nak pergi tandas lagi. Tengah-tengah malam memang tidur tak selesa sebab terbangun nak pergi toilet selang sejam.

Badan memang tak tahan sejuk, time mandi petang kalau boleh tak nak mandi langsung.. hehehe

Trimister kedua

Still lagi tak boleh hidu ayam goreng, tapi makan Ayam Goreng KFC boleh pulak! adoiii! memilih pula hidung aku ni kan.

Selera makan dah okeh, so boleh la melantak. But, tak boleh makan banyak nanti perut cepat kembung.
Badan pun tak rasa malas lagi :)

Mandi pun tak jadi masalah, dah tak rasa sejuk dah :D

Baju dah start tak muat, sebab perut dah nampak. Setiap kali nak keluar pergi mana-mana aku start pening kepala nak pakai baju apa, kesimpulannya kena beli baju mengandung juga.

Sekarang baru boleh nak cerita sampai trimister kedua sebab kandungan belum masuk trimister ketiga. :D