Scan Bayi 3D 4D Klinik Fauziah & Rakan-Rakan, Ampang

Assalamualaikum w.b.t..
Ramai orang duk tanya aku, jantina bayi dalam perut aku ni apa.. aku pun tak tahu sebab belum scan lagi. Tapi ramai orang kata maybe anak perempuan.. jauh di sudut hati aku kuat mengatakan yang anak aku ni lelaki.. start dari mengandung lagi.. so, disebabkan tak nak menunggu lama.. aku pun ajak suami buat scan 3D 4D.. selain nak tengok jantina bayi boleh juga tengok muka bayi dalam perut aku ni..

Search dalam internet aku jumpa laman web ni http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/ . Aku baca FAQ sebelum nak buat booking scan. Tengok lokasi kat Klinik Fauziah Ampang, dekat je dengan rumah aku, tak sampai 10 minit naik motor. Kebetulan kandungan aku masa tu dah masuk 25 minggu, so bolehlah buat scan. Aku booking sebelah petang, lepas balik dari kerja.
Bila sampai je kat klinik tu dengan suami, dorang tanya ada booking ke tak..aku cakap la ada.. so dorang suruh aku masuk bagi kad pengenalan, and kena tunggu 3 orang lagi sebelum giliran aku..

So, bila time giliran aku.. suami aku pun nak masuk juga nak tengok scan.. nasib baik boleh kalau tak kepunan la suami aku tengok baby live kena scan..

Nama Sonographer dia masa tu, Jezzlyn rasanya.. layanan memang baik.. tak rugi buat appoiment dengan dia.. pandai layan client.. insya Allah.. ada masa buat lagi appoiment dengan dia..

Hasil scan hari tu..

Baby tengah senyum :)

Agak-agak ikut muka siapa? >.<
video
Baby tengah cakap-cakap kat dalam tu.

Hanya Allah yang tahu.. macam mana perasaan masa tu.. semoga baby sihat-sihat je dalam perut ni.. ^_^, aminn..

So, kepada sesiapa yang bercadang nak buat booking scan, boleh la pergi kat laman web tu okeh.. ada 3 tempat je.. Ampang, Sri Kembangan and Shah Alam Seksyen 13... Bayaran pun berbaloi-baloi. 


Bila Aku Mengandung..

Assalamualaikum w.b.t..

Setelah disahkan mengandung bulan 2 yang lepas, macam-macam dugaan yang aku lalui. Biasa la ibu mengandung kan, muntah sana muntah sini. Tapi aku tak de la nak muntah-muntah, aku just muntah bila terhidu ayam goreng je... sampai sekarang aku tak sentuh ayam goreng bukan sebab jijik, sebab memang tak boleh.. sebelum mengandung tak de la plak macam tu.. semua aku sental masuk perut.

Trimister yang pertama

Aku rasa memang tak nak makan nasi. Tekak rasa kembang je. Lapar memang la lapar, aku ganti dengan makan roti dan makan buah-buahan. Suami siap beli susu Anmum, tapi bila minum susu je perut start rasa tak sedap, rasa makan tak hadam macam tu.

Lepas tu, badan rasa sangat-sangat lemah. Nak bangun awal pagi pun susah.. nak baring je. Nasib baik kena gi kerja, kalau tak.. memang terperap la aku atas katil tu.

Sakit kepala tu memang selalu, tapi aku tak makan ubat pun, tahan je.. lama-lama dia hilang. Esoknya, sakit kepala lagi.. adoiyaiii!

Rasa perut tak selesa, setiap kali makan perut rasa kembung.. padahal makan sikit je kot.

Pundi kencing rasa sentiasa penuh, kadang-kadang selang beberapa minit nak pergi tandas lagi. Tengah-tengah malam memang tidur tak selesa sebab terbangun nak pergi toilet selang sejam.

Badan memang tak tahan sejuk, time mandi petang kalau boleh tak nak mandi langsung.. hehehe

Trimister kedua

Still lagi tak boleh hidu ayam goreng, tapi makan Ayam Goreng KFC boleh pulak! adoiii! memilih pula hidung aku ni kan.

Selera makan dah okeh, so boleh la melantak. But, tak boleh makan banyak nanti perut cepat kembung.
Badan pun tak rasa malas lagi :)

Mandi pun tak jadi masalah, dah tak rasa sejuk dah :D

Baju dah start tak muat, sebab perut dah nampak. Setiap kali nak keluar pergi mana-mana aku start pening kepala nak pakai baju apa, kesimpulannya kena beli baju mengandung juga.

Sekarang baru boleh nak cerita sampai trimister kedua sebab kandungan belum masuk trimister ketiga. :D