Mimpi Oh! Mimpi

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni aku nak cerita tentang mimpi pula. Orang kata mimpi tu mainan syaitan.. tapi kadang-kadang mimpi tu membuatkan kita terfikir apa sebenarnya yang kita telah lakukan.
Semalam, mimpi aku bercampur aduk. Lawak pun ada sebenarnya. Mula-mula aku join larian 4x400 m, dalam sukan apa ntah. Aku lari lau-laju, tetiba pula aku jadi penonton je. Aik, boleh plak macam tu kan. Rupa-rupanya aku tengah duduk kat stadium. Masa tu Sukma Negeri Pahang, tapi masa tu orang-orang Pahang tengah kebar bendera Sabah dengan tulisan kat bendera tu, PRAY FOR SABAH!.. hahhaa..ni mesti kes pencerobohan kat Lahad Dato tu. Masa duk sorak-sorak sokong pelari-pelari..tetiba ada pula suami aku duduk sebelah aku..dalam mimpi tu la kan. Aku dengan bodohnya bertanya, "abang, nak tinggalkan sayang ker?" Boleh pula dalam mimpi tu suami aku jawab "a'ah.." wah! sedih giler! aku terus terbangun. Masa tu pukul 4.20 pagi.. mak aih, sedih dalam mimpi tu sampai terbawa-bawa masa terbangun. Aku pun apa lagi, terus menangis teresak-esak.. Bangangnya aku! Hahahahah..emo sangat! Padahal mimpi je kot.
Lepastu, suami aku terbangun sebab terkejut aku menangis, dia fikir aku terjatuh masa nak gi bilik air ke pe... hahahha.. kasihan suami, tak cukup tidur. Suami tanya kenapa, aku pun cerita la.. hahaha, suami aku cakap mimpi je tu.. kalau tak nak benda tu jadi kenalah ikut perintah suami, jangan bantah.. tu nasihat suami aku. Lepas tu, baru la aku terfikir, mungkin aku pernah buat salah dengan suami sampai mimpi macam tu sekali.. :)

Lepas ni, mesti kena minta maaf dengan suami sebelum masuk tidur. Halalkan makan minum, minta maaf atas perbuatan yang mungkin menyinggung perasaan dia sepanjang hari tu.
Dan jangan lupa doa masuk tidur..:)

Sekian!

0 comments: