Kenangan Zaman Sekolah

Assalamualaikum w.b.t..
Zaman sekolah memang best. Banyak kenangan yang dilalui. Zaman sekolah aku, boleh dikatakan best la jugak, even aku ni bukan la pelajar yang boleh di banggakan oleh guru-guru aku masa sekolah dulu. Malas nak cakap banyak, meh aku nak share antara kenangan aku kat sekolah dulu.

-Kena penampar dengan buku rujukan  tebal Geografi sampai tudung sekolah hampir tertanggal, sebabnya aku jawab soalan yang cikgu bagi banyak salah. Tapi cikgu tak marah pula budak-budak yang tak hantar kerja rumah, sengaja tak hantar sebab tak siap! Ini tak adil!

- Pernah jatuh tangga, depan cikgu-cikgu pula tu. Lepas tu pura-pura rasa sakit, padahal x sakit pun sebab nak cover malu r tu! hahahaha.

- Pernah  main buaian kat kantin sekolah masa sukan petang (sebab duduk asrama), sampai tudung tertanggal. Korang boleh bayangkan betapa lajunya aku main buaian tu! Sejak dari tu, aku main slow-slow je. :)

- Jatuh selepas mandi kolah, kena besi. Lepastu hantar hospital, kaki kena POP. Yeah! MC!~~

- Kena denda cuci kolam ngan beberapa member sebab masuk toilet sekolah tak pakai terompah.

- Kena baling kapur dengan cikgu math, sebab tertidur masa kelas dia. Kena dahi lak tu, dah la aku duduk paling depan!

- Lengan baju kena koyak ngan ustazah kat bilik guru, sebab aku terlipat lengan baju masa perhimpunan. Dah nama pun ustazah, aurat tu penting.

- Aku pernah denda junior aku, walaupun aku bukan pengawas sebabnya dia curi baju, tudung aku. Dah banyak kali mencuri, tak de tindakan pun di ambil.

- Ustazah yang koyakkan lengan baju aku tu, check kain sekolah aku ada conteng-conteng ke tak. Hello! tu bukan style aku okeh. Aku sorang je pula kena tu!

- Suka makan kat dewan makan walaupun mee dia boleh dikatakan mee dawai, keras and kurang kicap! huhuhu...telan je la.

- Pernah escape kelas prep, sembunyi belakang almari. Kebetulan ustazah jadi warden masa tu, dia lalu depan almari yang aku duk sembunyi..tapi dia tak perasan..hehehheheh...lepas aku!

- Mandi kat padang sekolah pukul 4 pagi, sebab asrama tak de air. Semua berkaitan dengan penghadaman kena tahan 2 3 hari..

- Kena ketuk kepala, sebab tak pakai anak tudung. Sakit okeh!

- Selalu kena panggil ngan cikgu kaunseling, sebab pelajaran aku yang tak reti-reti nak meningkat! Tapi aku tak tahu pun niat cikgu tu nak panggil sebab apa. Maafkan aku cikgu!

Banyak lagi la, kalo nak tulis satu-satu memang panjang entry ni. Tapi semua tu tinggal kenangan. Walaupun aku macam tu, saya berjaya juga menjadi orang berguna, walaupun tidak sesukses mana, tapi boleh la kan. ^_^!


0 comments: