Gadjet Pertamaku

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni aku nak cerita tentang gadjet pula, tapi aku bukanlah peminat setia gadjet-gadjet canggih ni.. ada keluaran terkini je nak beli. Bagi mereka yang berduit, untung la kan. Ribu riban pun rileks je keluar duit..
Jom check gadjet pertama yang aku ada kat dunia ni..jangan gelak pula taw! Kang malu kak yong ko ni.. :P

Handphone 6600 a.k.a hp sabun
Handphone ni aku beli masa mula-mula gaji kerja kat Jabatan Pertanian dulu. Setelah 3 bulan mengikat perut, "standard gomen tak gaji 3 bulan masa mula-mula kerja"... akhirnya aku dapat juga beli handphone ni. Aku beli handphone ni sebab dua best, first sebab bentuk dia agak comel, second main game memang best walaupun tak setanding dengan N-Gage masa tu. Tapi tak sampai 6 bulan, handphone tu hilang kat pawagam Sunway Pyramid. Ni semua salah ex boyfriend aku! Rasa nak tumbuk je muka dia!
Sehingga sekarang, dah macam-macam handphone dah aku guna tapi tak setanding dengan handphone sabun ni.. Why r?

Laptop Compaq Presario CQ42
Masa aku jadi student nurse dulu, memang banyak assignment nak kena buat. Aku memang jenis tak suka pinjam-pimjam harta orang ni, aku segan and takut rosak. Memang jeles tengok orang lain, duk buka laptop main myspace la, facebook la  *tapi itu bukan tujuan utama aku bak beli laptop*.. aku pun nak juga. Tapi memandangkan aku hanya seorang student, aku tak mampu nak beli laptop. Kalau ada assignment, mula dah kepala serabut! Lagi-lagi duduk kat Muar, bukan tak ada cyber cafe langsung tapi susah nak cari kat mana.
Last-last aku rasa macam tension sangat, buat assignment kena cari cc dulu, jauh pula tu dari kolej aku. Sampaikan aku nangis-nangis luahkan perasaan kat tunang aku masa tu.. haha,  macam bodoh je masa tu kan. Akhirnya, tunang aku belikan aku laptop compaq. Memang rasa bersalah sangat-sangat, terharu pun ada.. tapi aku janji aku akan bayar balik kat tunang aku, tapi sampai kami kahwin pun, aku tak pernah bayar sesen pun,,,hahahah,,, jahatnya aku ni!Tak pula suami aku ni mengungkit.. :P

Drawing Tablet
Aku memang suka tengok doodle comel-comel kat blog orang, aku belajar macam mana dorang buat doodle comel macam tu. Bila aku try guna Photoshop memang hampeh! Lepas tu, ada blogger sorang ni cakap dia buat guna drawing tablet, aku pun teringin la nak beli tablet ni, tapi duit aku selalu guna beli  benda lain yang lagi penting.. masa tu tunang aku perasan yang  aku selalu duk usha drawing tablet ni kat internet, konon-konon ada duit nak beli la, tapi ada jer halangan. Sehingga suatu hari, sempena hari jadi aku yang ke 24 encik tunang belikan aku drawing tablet. Aku memang excited giler-giler..
Tapi, selepas dapat drawing tablet ni, baru aku perasan, dorang yang lukis doodle comel-comel tu bukanlah atas sebab mereka menggunakan drawing tablet ni or terer mengunakan software, tetapi mereka memang pandai melukis!
Aku pakai tablet ni pun, hampeh! sebab aku tak reti melukis. Sekarang tablet ni terbiar kat rumah. Encik suami dah start membebel, dia belikan tablet masa tunang dulu aku tak guna pun! :D

Nikon D3200
Siapa tahan tengok gambar-gambar meletop setelah diambil menggunakan DSLR, sangkut kamera digital kat leher ke hulu ke hilir.. jeles weh! aku pun duk usha la kat internet harga kamera digital ni, harga memang tak boleh tahan, ribu riban juga! Tangguh lagi hajat~
Bila buka internet jer, mesti usha menda ni. Lagi sekali encik tunang aku perasan, mata aku duk melekat kat skrin laptop bila pandang benda ni..hahaha..
Mula-mula aku try nak beli yang secondhand punya jer, tapi tunang aku cakap bagus beli yang baru je terus! Masa tu aku tetap juga berdegil nak beli, tapi Nikon D3100 je la, nikon D3200 tak keluar lagi. Bayangkan aku sampai nangis-nangis nak juga beli D3100 tu, selain murah tapi orang lain cakap kualiti gambar memang best.. "aku ni memang cepat terpengaruh"
Akhirnya, aku sanggup juga tunggu untuk beli yang baru punya, masa tu D3200 baru je keluar..keputusan untuk membeli D3100 telah bertukar untuk membeli D3200 pula sebab lagi daboommm..
Lagi sekali, tunang aku belikan Nikon D3200 dengan duit dia, tapi kali ni aku bayar balik tau! >.<
Untuk pengetahuan korang, macam biasa la.. kamera ni bukannya aku guna selalu pun. Duk terperap dalam beg kamera kat rumah aku ni.. jarang keluar macam anak dara..
Baru aku perasan, bila aku gantung kamera DSLR ni kat leher, aku rasa aku macam berlagak pula.. so, aku tak pernah buat melainkan bawa kamera ni di dalam beg dia.. :P
p

MP3 dan Tablet Android Murah
Pengalaman aku memiliki gadjet-gadjet sebelum ni telah memberi aku pengajaran, dimana beli tapi tak pakai. Aku memang suka Ipod Nano dan juga tablet.. tetapi aku tak puaskan nafsu aku dengan benda-benda mahal macam tu kalau aku tahu akhirnya ia akan menjadi barang buruk di rumah aku ni. Jadi, aku akhirnya membeli MP3 dan tablet anroid edisi murah punya!hahhaha.. macam korang tahu, macam biasa, MP3 tu terbiar je..tak on..sebab malas nak cas bateri.. and tablet anroid murah tu aku jarang guna melainkan suami aku je selalu on sebab nak main game dalam tablet tu..

Sekarang aku nak try beli Sony PSP pula..Apa pendapat korang?? hahaha.. aku rasa mesti korang jawab, tak payah la beli kalau last-last jadi besi buruk kat rumah, kan???

P/S : Kepada suami ku, thanks sebab selama ni selalu penuhi permintaan isteri mu.