Perkahwinan Edisi Sabah

Assalamualaikum w.b.t...
Lamanya tak update blog, tetiba bangun pepagi buta terasa nak update la plak..
Wedding aku kat Sabah kat pihak aku buat secara simple je.. tak meriah sangat sebab kebetulan jiran sebelah rumah meninggal.. so, batallah segala acara keramaian majlis aku.. rasa sedih juga, tapi apa boleh buatkan.. dahulukan mana yang penting.. hormat orang lain juga. BTW, walau macam tu, aku still rasa seronok masa majlis tu.. sebab ramai adik beradik aku berkumpul, yang sorang tu je tak dapat balik..sebab duduk kat Terengganu.. :)

Majlis Pernikahan

Encik suami mengisi borang nikah dengan sangat tekun sekali. :)
Yang ni bukan acara gusti tangan seperti yang anda lihat :)
tetapi ni adalah acara penyerahan wali kepada jurunikah.
Ayah aku dah xde, so..ganti abang aku pula.. tapi dia kata tak konpiden..ye2 je.
Yang ni masa yang ditunggu-tunggu.
Mesti korang pelik nape nikah berdiri kan?
Sebab ni ikut adat sebelah ayah aku, adat kindagan.. nikah kena berdiri. kononnya keluarga aku keturunan raja-raja *dulu-dulu la.. tapi raja sekarang takde pon nikah berdiri..hahaha.. :)
Abang aku kat sebelah pengantin lelaki pula kena pegang lilin, pelik lagi..tu adalah penganti tombak pada zaman dahulu.. ^_^
Dengan sekali lafaz, aku telah sah menjadi isteri keoada Encik Awalu Syahron. Sebak wooo...aku dah jadi isteri orang rupanya...huhuhuh...*baru sedar ke?
Aku tak tahu nak masuk cincin tang tangan sebelah mana kiri or kanan.. hulur je la..yang penting cincinnya..harharhar..
Bebudak bawah 18 tahun, jangan tengok aksi ni..
Oh! aku dah jadi isteri orang...indahnya! *melampau tau!

Majlis Malam Berinai

Malam berinai kena sanding sorang-sorang dulu..tanpa pasangan..kalau kat semenanjung, tak tahu pula macam mana kan..
Kami memang tak pakai baju suku kaum bajau, sebab tak sempat nak cari. :(

Acara renjis-renjis dari my lovely mom.. :)
Suami direnjis oleh bapa mertua.

Persandingan
Pengantin lelaki diarak menggunakan kereta yang dihiasi sepanduk...
sepatutnya menggunakan kuda, disebabkan zaman sekarang susah nak cari kuda, so digantikan dengan kereta pikap.. kat tempat lain, aku tak tahu korang panggil kereta tu kereta apa.
Pengantin  lelaki diangkat untuk menemui pengantin perempuan.
Tak boleh jejak tanah masa turun dari kereta berhias..
Sebelum pengantin lelaki berjumpa dengan pengantin perempuan di atas pelamin, pengantin perempuan akan dilindungi oleh langsir/ tirai.. nak jumpa kena ada tol dulu tau~ :) masa ni, kalau nak buka tirai kena berpantun dulu.. wakil sebelah lelaki kena berpantun. Penjaga tirai siap dapat RM 10..lepas berpantun baru boleh buka tirai ok.. :D
Duduk bukan main rapat lagi yek!~

Disebabkan aku tak ada cameraman, so anak buah aku jadi bidan terjun menambil pic-pic semasa majlis perkahwinan aku. So, pic takde la cantik.. faham-faham je la..:P

Da Wedding
Dengan family sebelah lelaki
Wit my lovely mom!
Dengan adik beradik aku :)
Sayang dorang semua.

Jambatan belakang rumah aku je :P
Tak reti nak bergambar :(

Eleh, x sabar-sabar le tew! >.<

 The last but not least!
bye2..
Sekian.







0 comments: