Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum w.b.t..
Siapa yang dah beli buku motivasi "Sebelum Aku Bernikah?".. bestkan buku nih. Ia mengisahkan pengalaman penulis sendiri tentang pandangannya/ atau buah fikirannya mengenai perjalanan sebelum alam pernikahan. Dalam buku ni juga mengungkit mengenai beberapa kebiasaan pemuda pemudi sekarang tentang cinta dan perkahwinan.

Ayat yang digunakan oleh penulis memang sangat mudah untuk difahami, seolah-olah kita sendiri yang mengalaminya.. sangat-sangat berbaloi untuk memiliki buku ni.
Muka surat hadapan pun dah membuatkan aku teringin nak beli.. sangat comel. Bukan setakat muka depan buku je, tapi tajuk tu yang penting.. "Sebelum AKu Bernikah"..wah.. aku kan nak nikah tak lama lagi..hahaha..

Ada satu cerita dalam buku ni apabila penulis ingin memberitahu kedua ibubapanya tentang keinginannya untuk bernikah.. tetapi ibu penulis meminta penulis untuk menyediakan wang antara Rm 20 000 - Rm 40 000..  tetapi apa yang membuatkan aku sangat tertarik apabila penulis tidak memandang itu sebagai bebanan malah penulis merasakan itu sebagai satu 'aras' untuk membina kemampuan diri.

Ahh.. kalau aku nak cerita semua kat sini, bankrupt la penulis..haha.. pergi beli buku ni sendiri! :D, ada banyak isi yang best-best ko.. uishhh..ruginye la tak beli buku ni...^_^!

Muka depan buku yang comel~

Muka belakang Sebelum Aku Bernikah~* klik gambar untuk besarkan
Kalau korang nak tahu tentang penulis,.. korang boleh check it out kat blog penulis sendiri 

0 comments: