Penjagaan Muka Garnier

Assalamualaikum w.b.t... Memandangkan kulit muka aku jenis yang kombinasi kadang-kadang berminyak dan kering kontang, so hari ni aku beli set penjagaan muka dari Garnier sebab aku guna pencuci muka dari jenama ni, bagi aku ok la. Sebelum ni pernah juga guna pencuci muka jenama lain, tapi tak sesuai dengan jenis kulit aku terus naik jerawat batu bata. Disebabkan itulah aku memberi kepercayaan sekali lagi kepada Garnier untuk mengembalikan keremajaan kulit muka aku yang sangat-sangat kering ni. Nak kata kurang minum air, tak jugak.. may be sebab aku kerja dalam bilik yang ber"aircond".. tu yang menyebabkan kulit kering tu..

Pelembap Garnier Aqua Defense
Pure 3 in 1 Garnier- untuk Pembersih, Scrub dan juga untuk Masker
Garnier Defense Toner

Pelembap Gernier ni memang best.. sebelum ni ada juga aku try pelembap jenama lain.. tapi hampeh jer, bila pakai muka rasa melekit lepas tu rasa berminyak..memang tak selesa. Tapi bila pakai jenama Garnier ni, memang rasa sejuk, lepas tu muka rasa ringan.. tak rasa berminyak pun macam ada jenama lain tu.. Try la. :)

Pure 3 in 1 tu, first time aku try muka memang rasa pedih.. mungkin aku tonyoh muka kuat sangat kot. Bagi aku yang tak bestnya 3 in 1 Garnier ni, baunya yang kurang menyenangkan.. bagi aku la..bagi orang lain tak tahu la pula kan. Katanya bau seakan-akan lemon macam tu, tapi aku hidu macam bau sejenis serangga..aku pun dah lupa pe nama serangga tu.. tapi kalau korang tak kisah tak pe kot.. lagipun guna benda ni jimat, dah nama pun 3 in 1.. jimat! Tak payah nak beli asing-asing masker, pencuci or Scrub..

Toner garnier ni, no komen.. sebab aku rasa macam biasa-biasa ja.. :)

0 comments: