Penjagaan Muka Garnier

Assalamualaikum w.b.t... Memandangkan kulit muka aku jenis yang kombinasi kadang-kadang berminyak dan kering kontang, so hari ni aku beli set penjagaan muka dari Garnier sebab aku guna pencuci muka dari jenama ni, bagi aku ok la. Sebelum ni pernah juga guna pencuci muka jenama lain, tapi tak sesuai dengan jenis kulit aku terus naik jerawat batu bata. Disebabkan itulah aku memberi kepercayaan sekali lagi kepada Garnier untuk mengembalikan keremajaan kulit muka aku yang sangat-sangat kering ni. Nak kata kurang minum air, tak jugak.. may be sebab aku kerja dalam bilik yang ber"aircond".. tu yang menyebabkan kulit kering tu..

Pelembap Garnier Aqua Defense
Pure 3 in 1 Garnier- untuk Pembersih, Scrub dan juga untuk Masker
Garnier Defense Toner

Pelembap Gernier ni memang best.. sebelum ni ada juga aku try pelembap jenama lain.. tapi hampeh jer, bila pakai muka rasa melekit lepas tu rasa berminyak..memang tak selesa. Tapi bila pakai jenama Garnier ni, memang rasa sejuk, lepas tu muka rasa ringan.. tak rasa berminyak pun macam ada jenama lain tu.. Try la. :)

Pure 3 in 1 tu, first time aku try muka memang rasa pedih.. mungkin aku tonyoh muka kuat sangat kot. Bagi aku yang tak bestnya 3 in 1 Garnier ni, baunya yang kurang menyenangkan.. bagi aku la..bagi orang lain tak tahu la pula kan. Katanya bau seakan-akan lemon macam tu, tapi aku hidu macam bau sejenis serangga..aku pun dah lupa pe nama serangga tu.. tapi kalau korang tak kisah tak pe kot.. lagipun guna benda ni jimat, dah nama pun 3 in 1.. jimat! Tak payah nak beli asing-asing masker, pencuci or Scrub..

Toner garnier ni, no komen.. sebab aku rasa macam biasa-biasa ja.. :)

Miss Rose Eye Shadow 3D

Assalamualaikum w.b.t...

Sekarang jenama make up Miss Rose dah semakin femes~ mula-mula aku tengok make up Miss Rose ni biasa-biasa je.. jenama pun ntah apa-apa.. tak pernah dengar langsung pula tu. Bila orang dah ramai preview jenama Miss Rose ni, dorang cakap best. Aku pun pergi la usha make up ni. Dorang cakap eye shadow dia memang da bomb. Aku ni jenis yang pantang dengar orang cakap barang tu best la.. hebat la... aku pun teringin nak try.

 So, hari ni aku pergi Plaza GM kat Chow Kit tu, cari eye shadow Miss Rose ni. Aku nak try Eye Shadow 3D punya dulu.. cari punya cari, aku terjumpa satu kedai ni.. boleh beli 1 barang dengan harga borong kau tahu!.. kalau kedai lain ekau kena beli barang minimum 5 piece.. yang ni tak.. dia benarkan kita beli satu dengan harga borong.. aku apa lagi..memang excited gila! Kalau korang nak tahu kedai tu kat mana.. kat Plaza GM tingkat 1 kedai nombor 11.. memang tak rugi datang sana. Aku beli just RM 8 je okeh.. sebelum ni aku dah usha beberapa tempat.. dorang jual RM 45.. bukan tak mampu, tapi aku cuma nak try dulu takut membazir pula.

Lagi satu yang aku konpius. Aku dah search macam mana nak tahu Miss Rose tiruan.. ada orang cakap kalau tak wangi tu tiruan.. tapi yang aku beli ni wangi sangat-sangat.. tak tahu la betul ke tak kan..
Bila aku pakai, warna memang terang. I Like sangat! warna boleh tahan lama.. aku start pakai pagi, balim kerja petang tu still ada lagi.. * ini masa aku kena tembak jepun..sebab tu tak cuci muka sampai ke petang. :P



 Warna memang terang sebab dia ni jenis wet eyeshadow~
Kesimpulanya : Aku pakai memang aku puas hati.. walaupun aku tak tahu samada dia ni tiruan atau tidak.. setakat ni tak ada lagi effect buruk kat muka aku.. tu yang penting.. :)

Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum w.b.t..
Siapa yang dah beli buku motivasi "Sebelum Aku Bernikah?".. bestkan buku nih. Ia mengisahkan pengalaman penulis sendiri tentang pandangannya/ atau buah fikirannya mengenai perjalanan sebelum alam pernikahan. Dalam buku ni juga mengungkit mengenai beberapa kebiasaan pemuda pemudi sekarang tentang cinta dan perkahwinan.

Ayat yang digunakan oleh penulis memang sangat mudah untuk difahami, seolah-olah kita sendiri yang mengalaminya.. sangat-sangat berbaloi untuk memiliki buku ni.
Muka surat hadapan pun dah membuatkan aku teringin nak beli.. sangat comel. Bukan setakat muka depan buku je, tapi tajuk tu yang penting.. "Sebelum AKu Bernikah"..wah.. aku kan nak nikah tak lama lagi..hahaha..

Ada satu cerita dalam buku ni apabila penulis ingin memberitahu kedua ibubapanya tentang keinginannya untuk bernikah.. tetapi ibu penulis meminta penulis untuk menyediakan wang antara Rm 20 000 - Rm 40 000..  tetapi apa yang membuatkan aku sangat tertarik apabila penulis tidak memandang itu sebagai bebanan malah penulis merasakan itu sebagai satu 'aras' untuk membina kemampuan diri.

Ahh.. kalau aku nak cerita semua kat sini, bankrupt la penulis..haha.. pergi beli buku ni sendiri! :D, ada banyak isi yang best-best ko.. uishhh..ruginye la tak beli buku ni...^_^!

Muka depan buku yang comel~

Muka belakang Sebelum Aku Bernikah~* klik gambar untuk besarkan
Kalau korang nak tahu tentang penulis,.. korang boleh check it out kat blog penulis sendiri