Makan pon Sodap : Tutti Frutti

Assalamualaikum w.b.t..
Sebelum ni aku tak tahu pun Tutti Frutti tu apa.. sebab aku kan orang kampung.. *eleh, orang kampung macam la tak tahu Tutti Frutti tu apa, ko je yang hidup pelosok pedalaman!.. :D, Stop! Aku dah start merepek!

Ok. Sebelum ni aku ofkos la tahu Tutti Frutti tu apa kan, tapi aku tak pernah terlintas ke terfikir ke.. nak rasa  minatang ni.. opppsss! Tutti Frutti tu bukanlah sejenis binatang okeh, ia adalah sejenis YOGURT ala- ala aiskrim la senang cerita. Disebabkan aku tengok ramai yang duk kata Tutti Frutti tu sedap, so aku cuba try test (>.<).. ermmm.. sedap la jugak. And aku teruskan mencuba try test beberapa perisa lain.. memang sedap plak menda ni.

So, semalam tunang aku belanja aku makan Tutti Frutti. Aku bukan main suka lagi, sape yang tak nak kena belanja weh...hahaha.. aku paling suka bila dapat makan tanpa mengeluarkan duit aku dari kocek..hohoho.

Tapi, kali ni aku rasa lain macam pulak rasa Tutti Frutti ni. Serius!.. lagi sedap dari yang sebelumnya.. baru aku perasan, rupa-rupanya ada perisa tambahan.. iaitu F.R.E.E!.. wakakakkaka... tu yang lagi sedap tu... ok, bye. Sekian.. korang check it out la tentang Tutti Frutti Malaysia ni.. :)

Tutti Frutti yang ada perisa tambahan tu :)
*siap effect bagai, sebab terlalu sedap...haha

0 comments: