Kucing ( Lala )

Assalamualaikum  korang semua..
Hari ni aku nak perkenalkan teman serumah aku.. Dia la kawan aku bergaduh, berborak, bermain kat rumah ni ..


Biodata 
Nama : Lala
Umur : N/A * aku bela dia dah 5 bulan
Jantina : Betina
Asal : N/A * ada orang Korea bagi kat aku.. 
Baka : N/A * aku rasa mix kucing hutan sebab banyak main and suka gigit tangan tuan dia
Kelakuan/ perangai : - terkinja-kinja dan kadang kala gedik,
suka gigit tangan dan hidu bau kaki aku, tak bergaul dengan kucing lain, aktif suka bermain.

Yang aku paling suka kat Lala ni sebab dia paling setia dengan tuan dia, aku jalan pergi mana je mesti ikut gak. Kalau jalan sebelah aku tak pe la jugak, ni kat celah kaki aku masa jalan.. susah aku nak gerak g dapur ke.. kadang-kadang aku pergi toilet pun dia nak ikut masuk. Lala pantang dengar bunyi pintu pagar bila aku balik kerja, mesti dia dah tercegat kat depan pintu rumah aku. Dia paling hafal bunyi nuovo encik tunang aku, dia dengar je bunyi nuovo encik tunang aku, dia dah start bunyi miowww..mioww dia tu.. tapi dengan moto lain tak pulak.
Lagi satu, dia paling tak suka lipas.. comfirm mati punya lipas tu, kesian kat lipas-lipas rumah aku..
So, even kucing aku ni tak secomel kucing-kucing lain .. tapi aku sayang kat dia.. walaupun dia selalu cakar kaki aku..hehehhe~
Hi All..from Lala~ (:



0 comments: