Insulin

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni hari paling aku down sekali. Tapi perasaan 'down' itu telah bertukar kepada gembira bila diketahui kebenarannya.
Kisah yang aku share ni, bukan nak burukkan sesiapa.. tapi apa yang aku harapkan dari apa yang aku cerita ni korang ambil iktibar, please la jangan baca cerita ni pandang dari sudut negatif jer. Niat aku nak share dan hope jadi ingatan pada sesiapa yang belum melaluinya.
Hari ni, macam biasa aku pergi kerja syif petang, melakukan tugasan seperti biasa. Dalam pukul 6 petang macam tu, Doktor ( MO ) nak bagi cocktail untuk seorang pesakit, dan MO tu suruh HO dia prepare cocktail tu. HO tu suruh aku prepare..aku pun prepare la bahan-bahan untuk nak buat cocktail tu and bahan-bahan nk buat cocktail tu adalah insulin + calcium gluconate + Dextrose 50%,. kalau insulin tu 10 unit la kena bagi..so, HO tu pun tanya la aku, dik 10 unit insulin bersamaan dengan 1 ml kan? Aku jawab, bukan doktor.. 10 unit insulin tu doktor kena kira garis kecil-kecik kat syringe 1 cc tu.. 10 unit insulin 0.1ml doktor. HO tu macam tak puas hati, dia tanya kat member HO dia yang sorang lagi and jawapan yang member dia bagi pun 1 ml. Time-time tu juga HO tu datang balik kat aku and cakap macam ni " Ohhh.. nurse baru ye? Patut pun.." sambil buat muka sinis giler kat aku..Perghhhhhh! deep siot! Aku memang terasa giler-giler time tu. Down sangat-sangat!aku try jugak tegakkan apa yang aku tahu tentang berapa nak bagi insulin 10 unit tu..takut bahayakan pesakit..tp HO tu marah aku pula..so aku cuba dapatkan kepastian kepada senior aku, samada aku yang salah ataupun doktor tu, rupa-rupanya aku betul. Aku cepat-cepat bagitahu doktor tu, last-last.. cocktail tu tak jadi nak bagi. Bayangkan kalau dah bagi, tak ke hypo pesakit tu.. erm..
So, kesimpulannya.. kalau tak pasti tanya orang yang lebih pakar bukan tanya orang yang sama taraf dengan kau... ntah-ntah 2x5 je. yang kedua, jangan pandang rendah dengan orang lain, mungkin apa yang dia beritahu tu betul. Ermmm.. sama-samalah kita ambik iktibar..