Bukit Ampang

Assalamualaikum w.b.t..
Korang pernah tak lepak kat Bukit Ampang? May be bagi penduduk yang duduk area Kuala Lumpur mesti tahu kan kat mana Bukit Ampang ni. First time aku datang bukit ni tahun 2007, masa tu tak ramai lagi orang lepak kat situ, and orang jual-jual makanan pun tak ada. Masa 2007 aku duduk kat PJ, so setiap kali pergi dating dengan boyfriend aku yang sekarang merangkap tunang aku, mesti aku ajak dia lepak bukit ni. Nak tenangkan fikiran setelah penat memerah otak bekerja seharian. Tapi sekarang dah jarang lepak kat situ sebab rumah bawah bukit tu jer, bebila masa jer leh pergi. :)
Kalau yang tak tahu, bukit ni korang tak perlulah daki seperti bukit-bukit yang lain, sebab tak de la tinggi sangat pun, siap ada jalan tar lagi. Korang boleh tengok pemandangan KL dari atas bukit ni dan sekarang dah boleh lepak sambil makan sebab dah ada gerai buka.. macam steam boot, jual chicken wings, burger.. banyak lagi la.. tapi bahaya gak kalau dah duduk tepi jalan sambil makan takut kena langgar ngan kereta yang lalu lalang.
So, jom tengok view Kl dari Bukit Ampang ni..

Semasa tengah hari

Yang ni ambik masa malam plak..

Sedikit blurr disitu.. sebabnya tangan tak dibedung... :P

Time malam memang ramai orang lepak lereng bukit ni.. :)

So bagi korang yang nak hilangkan stress, nak tenangkan fikiran.. datang la tempat ni.. tapi aku tak galakkan la sebab kereta lain nak lalu tempat ni susah.. sebab orang parking kiri kanan.. lagipun bahaya.. ye la, kereta nak lalu turun bukit ofkos la macam tengah laju kan.. so, takut-takut nanti korang kena langgar..masa aku ambik pic ni pun, kat bawah bukit ada kereta cina kemalangan, nasib baik jauh sikit kat tempat orang lepak-lepak makan tu..:)