Nikon D3200

Assalamualaikum w.b.t..

Malas nak muqadimmah pepanjang.. just nak bagitahu korang yang hari ni aku excited sangat2 okeh!.. Excited tahap gilerr cipannnn!!! Direct to the point..Hari ni encik tunang belikan aku camera DSLR!! Diulangi DSLRRRRRRRRRRRRR.. giler tak giler kan! Barang idaman tu... *mesti ada suara-suara sumbang kat belakang.. "elehhh.. cam dia je ade dslr.. puiii.." Memang dari dulu lagi nak beli kamera digital., ye la, siapa yang tahan tengok orang ke hulu hilir bawa kamera, aku pun nak gak.. tapi kewangan tak mencukupi sebab masa tu aku still lagi student kan, makan tak cukup ada hati nak beli kamera..huhu.. Semenjak dua menjak bila dah start kerja ni aku tanamkan kt diri aku kumpul duit nak beli kamera, tapi kumpul punya kumpul tak berat-berat jugak tabung aku tu.. ada je benda yang lagi penting nak beli.

Ermm.. Aku sekadar membaca blog fotografi, tapi kameranya tak de. Tapi aku ada jugak usha mana-mana kamera yang cukup dengan bajet aku, hanya D3100 yang mampu aku beli. Dengar cerita D3100 ni best jugak, so aku memang nak tanamkan kat dalam diri aku yang aku nak beli D3100. Lepas tu, aku terbaca satu blog tu tentang Nikon D3200, perrrghhh! 24.2 megapixel okeh! Aku ni jenis yang suka main crop-crop gambar, sesuai sangat la tu. Lagi satu D3200 ni hampir sama jer harga dengan D3100, so aku decide nak beli Nikon D3200 je.

Hari ni, encik tunang jemput aku dari balik kerja.. katanya nak singgah Times Square jap nak ambil barang, aku pun ye kan je la.. Tup-tup dia ajak aku masuk kedai kamera, dia suruh pilih nak kamera yang mana satu..Perghhhh!! berderauuu darah aku kau tau! Biar betul dia ni!! adakah aku bermimpi?? Tapi dalam hati aku, aku memang tak berani nak ambil barang pemberian dia ni.. mahal kot, tapi tak tahu la bagi korang yang berduit kan. :)

Tanya punya tanya, best price yang tokeh kedai tu boleh bagi.. dia bagi Rm2050 with standard kit and no free gift. hohoho.. no..no..no.. kena ade free gift okeh. Kami bergegas pergi cari kat Mid Valley, cari kat kedai Fotokem pula. Kat sana dia tawarkan Rm 2150, beza seratus dari kedai tadi.. tapi free gift memang banyak.. aku terus rembat, walaupun mahal sikit sebab aku tengok servis dia pun okeh dari kedai yang satu tadi.. layan tak layan je. So, ni la Nikon D3200 tu.. yeah..*but yet, aku still rasa bersalah sangat-sangat sebab dia belikan aku kamera dengan harga yang mahal. nanti sayang ada duit, sayang ganti balik ye cik tunang.. :p

Btw, so sekarang korang boleh tgk apa yang best sangat tentang Nikon D3200 ni.. Check it out...--->Nikon D3200