SKYFALL

Assalamualaikum w.b.t..

Tunang aku dapat tiket wayang prima  percuma Hujan ataupun nama lainnya "SKYFALL".. ala.. yang James Bond 007 tu,... Excited kowt sebab wayang belum keluar lagi, aku dah dapat tengok awal sebelum orang lain..(>.<)

Tapi yang sedihnya ada jugak orang lain tak suka aku datang tengok wayang tu. Ye la, dorang cakap aku ni perosak majlis. Disebabkan aku dorang tak dapat buat kerja kotor lagi keji dorang tu. Ya Allah, aku tak pernah nak ambik tahu hal korang, rumah tangga korang. Lantak korang la nak buat apa pun.. tapi tak payah nak pulau-pulau tunang aku bagai! Bukan salah dia, memang aku yang nak ikut dia. Tetapi disebabkan perempuan yang tidak sah hubungan dengan korang, korang buat kawan korang macam ni.. perangai memang macam sampah! Curang dibelakang bini-bini korang! Aku tak kisah korang buat apa! Tapi korang buat kami iritate. Aku bukan yang jenis menyampaikan cerita macam-macam kat bini korang, aku bukan jenis yang suka merosakkan rumah tangga orang lain.
Maaf, sesi luahan hati sebentar! :)

Ok, berbalik kepada Skyfall. Cerita dia bagi aku tak de la best sangat pun.. Tak tahu la bagi korang kan.. tu je yang aku boleh simpulkan. Sebab time tengok wayang tu pun aku sempat lagi tertidur, sebab dah 2 malam tak tidur lepas tu esok nak kena bangun awal sebab ada exam.Wah~ mata aku rabak!
So, bagi korang yang belum tengok cerita Skyfall.. pergi la tengok.. tapi hanya 13 tahun ke atas je taw! sebabnya ada aksi yang melucahkan..hahaha~*ayat macam aku tak belajar BM je dulu..

Skyfall

Makan pon Sodap : Tutti Frutti

Assalamualaikum w.b.t..
Sebelum ni aku tak tahu pun Tutti Frutti tu apa.. sebab aku kan orang kampung.. *eleh, orang kampung macam la tak tahu Tutti Frutti tu apa, ko je yang hidup pelosok pedalaman!.. :D, Stop! Aku dah start merepek!

Ok. Sebelum ni aku ofkos la tahu Tutti Frutti tu apa kan, tapi aku tak pernah terlintas ke terfikir ke.. nak rasa  minatang ni.. opppsss! Tutti Frutti tu bukanlah sejenis binatang okeh, ia adalah sejenis YOGURT ala- ala aiskrim la senang cerita. Disebabkan aku tengok ramai yang duk kata Tutti Frutti tu sedap, so aku cuba try test (>.<).. ermmm.. sedap la jugak. And aku teruskan mencuba try test beberapa perisa lain.. memang sedap plak menda ni.

So, semalam tunang aku belanja aku makan Tutti Frutti. Aku bukan main suka lagi, sape yang tak nak kena belanja weh...hahaha.. aku paling suka bila dapat makan tanpa mengeluarkan duit aku dari kocek..hohoho.

Tapi, kali ni aku rasa lain macam pulak rasa Tutti Frutti ni. Serius!.. lagi sedap dari yang sebelumnya.. baru aku perasan, rupa-rupanya ada perisa tambahan.. iaitu F.R.E.E!.. wakakakkaka... tu yang lagi sedap tu... ok, bye. Sekian.. korang check it out la tentang Tutti Frutti Malaysia ni.. :)

Tutti Frutti yang ada perisa tambahan tu :)
*siap effect bagai, sebab terlalu sedap...haha

Persiapan perkahwinan : Bekas Hantaran

Assalamualaikum w.b.t..
Memandangkan tak lama lagi, aku akan naik pelamin.. aku dah usha banyak kedai untuk persiapan perkahwinan aku. So, hari ni aku nak cerita pasal bekas hantaran pula. Kat luar memang banyak kedai yang menjual bekas hantaran yang cantik-cantik, tapi aku lebih suka kalau bekas hantaran tu atas idea aku..*aku idea je ada, tapi nak buatnya tak reti.. disebabkan itulah aku datang satu kedai ni.. aku minta tolong dia tolong buatkan macam yang aku nak tu.. ala, pakai polisterin je pon.. :), nasib baiklah tuan punya kedai ni memahami aku..^_^!.

Nama kedai ni Unggas Collection.. kat dalam shopping compleks Ampang Galaxy. Bagi sesiapa tinggal area Ampang, bolehlah datang ke kedai ni. Layanan memang tip top.. *terbukti sebab aku yang cerewet masa tu..hahaha...

Jom kita tengok kedai tu..









Tak sabar rasanya nak tengok bekas hantaran aku tu bila dah siap nanti.. >.<

Bukit Ampang

Assalamualaikum w.b.t..
Korang pernah tak lepak kat Bukit Ampang? May be bagi penduduk yang duduk area Kuala Lumpur mesti tahu kan kat mana Bukit Ampang ni. First time aku datang bukit ni tahun 2007, masa tu tak ramai lagi orang lepak kat situ, and orang jual-jual makanan pun tak ada. Masa 2007 aku duduk kat PJ, so setiap kali pergi dating dengan boyfriend aku yang sekarang merangkap tunang aku, mesti aku ajak dia lepak bukit ni. Nak tenangkan fikiran setelah penat memerah otak bekerja seharian. Tapi sekarang dah jarang lepak kat situ sebab rumah bawah bukit tu jer, bebila masa jer leh pergi. :)
Kalau yang tak tahu, bukit ni korang tak perlulah daki seperti bukit-bukit yang lain, sebab tak de la tinggi sangat pun, siap ada jalan tar lagi. Korang boleh tengok pemandangan KL dari atas bukit ni dan sekarang dah boleh lepak sambil makan sebab dah ada gerai buka.. macam steam boot, jual chicken wings, burger.. banyak lagi la.. tapi bahaya gak kalau dah duduk tepi jalan sambil makan takut kena langgar ngan kereta yang lalu lalang.
So, jom tengok view Kl dari Bukit Ampang ni..

Semasa tengah hari

Yang ni ambik masa malam plak..

Sedikit blurr disitu.. sebabnya tangan tak dibedung... :P

Time malam memang ramai orang lepak lereng bukit ni.. :)

So bagi korang yang nak hilangkan stress, nak tenangkan fikiran.. datang la tempat ni.. tapi aku tak galakkan la sebab kereta lain nak lalu tempat ni susah.. sebab orang parking kiri kanan.. lagipun bahaya.. ye la, kereta nak lalu turun bukit ofkos la macam tengah laju kan.. so, takut-takut nanti korang kena langgar..masa aku ambik pic ni pun, kat bawah bukit ada kereta cina kemalangan, nasib baik jauh sikit kat tempat orang lepak-lepak makan tu..:)

Shopping untuk Lala

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni pergi shoppin bukan untuk diri sendiri tapi untuk Lala. Makanan dia dah habis, so nak beli pek besar sekali jadi tak ada la nak beli banyak kali. Makanan dia lagi mahal kowt dari beras 10kg aku kat rumah,, haha.. syampoo dia pun lagi mahal dari syampoo aku..adess! ^_^, tapi tak per, sayang punya pasal aku tak kisah pun :). Memandangkan bekas makanan dia yang lama tu kecil, so aku beli la sekali bekas makanan yang besar sikit.

Whiskas 7 kg, bekas makan, dan syampoo untuk kucing

Selain kat atas tu, sebelum ni pun memang selalu belikan Lala barang, macam barang mainan.. tapi jap jer.. pastu hancur..T.T, siap belikan dia rantai khas untuk kucing tu..tapi dia tak suka.. 

Yang kiri tu pasir tempat Lala berak :P
Yang kanan tu, bekas makan n minum Lala yang lama

Tempat tidur Lala >.<

Lepas ni, ingat nak beli beg khas untuk kucing tu.. so, nak bawa Lala jenjalan senang.. tapi Lala ni jenis yang takut keluar rumah.. :(, tengok la cam ne nanti..

Nikon D3200

Assalamualaikum w.b.t..

Malas nak muqadimmah pepanjang.. just nak bagitahu korang yang hari ni aku excited sangat2 okeh!.. Excited tahap gilerr cipannnn!!! Direct to the point..Hari ni encik tunang belikan aku camera DSLR!! Diulangi DSLRRRRRRRRRRRRR.. giler tak giler kan! Barang idaman tu... *mesti ada suara-suara sumbang kat belakang.. "elehhh.. cam dia je ade dslr.. puiii.." Memang dari dulu lagi nak beli kamera digital., ye la, siapa yang tahan tengok orang ke hulu hilir bawa kamera, aku pun nak gak.. tapi kewangan tak mencukupi sebab masa tu aku still lagi student kan, makan tak cukup ada hati nak beli kamera..huhu.. Semenjak dua menjak bila dah start kerja ni aku tanamkan kt diri aku kumpul duit nak beli kamera, tapi kumpul punya kumpul tak berat-berat jugak tabung aku tu.. ada je benda yang lagi penting nak beli.

Ermm.. Aku sekadar membaca blog fotografi, tapi kameranya tak de. Tapi aku ada jugak usha mana-mana kamera yang cukup dengan bajet aku, hanya D3100 yang mampu aku beli. Dengar cerita D3100 ni best jugak, so aku memang nak tanamkan kat dalam diri aku yang aku nak beli D3100. Lepas tu, aku terbaca satu blog tu tentang Nikon D3200, perrrghhh! 24.2 megapixel okeh! Aku ni jenis yang suka main crop-crop gambar, sesuai sangat la tu. Lagi satu D3200 ni hampir sama jer harga dengan D3100, so aku decide nak beli Nikon D3200 je.

Hari ni, encik tunang jemput aku dari balik kerja.. katanya nak singgah Times Square jap nak ambil barang, aku pun ye kan je la.. Tup-tup dia ajak aku masuk kedai kamera, dia suruh pilih nak kamera yang mana satu..Perghhhh!! berderauuu darah aku kau tau! Biar betul dia ni!! adakah aku bermimpi?? Tapi dalam hati aku, aku memang tak berani nak ambil barang pemberian dia ni.. mahal kot, tapi tak tahu la bagi korang yang berduit kan. :)

Tanya punya tanya, best price yang tokeh kedai tu boleh bagi.. dia bagi Rm2050 with standard kit and no free gift. hohoho.. no..no..no.. kena ade free gift okeh. Kami bergegas pergi cari kat Mid Valley, cari kat kedai Fotokem pula. Kat sana dia tawarkan Rm 2150, beza seratus dari kedai tadi.. tapi free gift memang banyak.. aku terus rembat, walaupun mahal sikit sebab aku tengok servis dia pun okeh dari kedai yang satu tadi.. layan tak layan je. So, ni la Nikon D3200 tu.. yeah..*but yet, aku still rasa bersalah sangat-sangat sebab dia belikan aku kamera dengan harga yang mahal. nanti sayang ada duit, sayang ganti balik ye cik tunang.. :p

Btw, so sekarang korang boleh tgk apa yang best sangat tentang Nikon D3200 ni.. Check it out...--->Nikon D3200


Kucing ( Lala )

Assalamualaikum  korang semua..
Hari ni aku nak perkenalkan teman serumah aku.. Dia la kawan aku bergaduh, berborak, bermain kat rumah ni ..


Biodata 
Nama : Lala
Umur : N/A * aku bela dia dah 5 bulan
Jantina : Betina
Asal : N/A * ada orang Korea bagi kat aku.. 
Baka : N/A * aku rasa mix kucing hutan sebab banyak main and suka gigit tangan tuan dia
Kelakuan/ perangai : - terkinja-kinja dan kadang kala gedik,
suka gigit tangan dan hidu bau kaki aku, tak bergaul dengan kucing lain, aktif suka bermain.

Yang aku paling suka kat Lala ni sebab dia paling setia dengan tuan dia, aku jalan pergi mana je mesti ikut gak. Kalau jalan sebelah aku tak pe la jugak, ni kat celah kaki aku masa jalan.. susah aku nak gerak g dapur ke.. kadang-kadang aku pergi toilet pun dia nak ikut masuk. Lala pantang dengar bunyi pintu pagar bila aku balik kerja, mesti dia dah tercegat kat depan pintu rumah aku. Dia paling hafal bunyi nuovo encik tunang aku, dia dengar je bunyi nuovo encik tunang aku, dia dah start bunyi miowww..mioww dia tu.. tapi dengan moto lain tak pulak.
Lagi satu, dia paling tak suka lipas.. comfirm mati punya lipas tu, kesian kat lipas-lipas rumah aku..
So, even kucing aku ni tak secomel kucing-kucing lain .. tapi aku sayang kat dia.. walaupun dia selalu cakar kaki aku..hehehhe~
Hi All..from Lala~ (:



Insulin

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni hari paling aku down sekali. Tapi perasaan 'down' itu telah bertukar kepada gembira bila diketahui kebenarannya.
Kisah yang aku share ni, bukan nak burukkan sesiapa.. tapi apa yang aku harapkan dari apa yang aku cerita ni korang ambil iktibar, please la jangan baca cerita ni pandang dari sudut negatif jer. Niat aku nak share dan hope jadi ingatan pada sesiapa yang belum melaluinya.
Hari ni, macam biasa aku pergi kerja syif petang, melakukan tugasan seperti biasa. Dalam pukul 6 petang macam tu, Doktor ( MO ) nak bagi cocktail untuk seorang pesakit, dan MO tu suruh HO dia prepare cocktail tu. HO tu suruh aku prepare..aku pun prepare la bahan-bahan untuk nak buat cocktail tu and bahan-bahan nk buat cocktail tu adalah insulin + calcium gluconate + Dextrose 50%,. kalau insulin tu 10 unit la kena bagi..so, HO tu pun tanya la aku, dik 10 unit insulin bersamaan dengan 1 ml kan? Aku jawab, bukan doktor.. 10 unit insulin tu doktor kena kira garis kecil-kecik kat syringe 1 cc tu.. 10 unit insulin 0.1ml doktor. HO tu macam tak puas hati, dia tanya kat member HO dia yang sorang lagi and jawapan yang member dia bagi pun 1 ml. Time-time tu juga HO tu datang balik kat aku and cakap macam ni " Ohhh.. nurse baru ye? Patut pun.." sambil buat muka sinis giler kat aku..Perghhhhhh! deep siot! Aku memang terasa giler-giler time tu. Down sangat-sangat!aku try jugak tegakkan apa yang aku tahu tentang berapa nak bagi insulin 10 unit tu..takut bahayakan pesakit..tp HO tu marah aku pula..so aku cuba dapatkan kepastian kepada senior aku, samada aku yang salah ataupun doktor tu, rupa-rupanya aku betul. Aku cepat-cepat bagitahu doktor tu, last-last.. cocktail tu tak jadi nak bagi. Bayangkan kalau dah bagi, tak ke hypo pesakit tu.. erm..
So, kesimpulannya.. kalau tak pasti tanya orang yang lebih pakar bukan tanya orang yang sama taraf dengan kau... ntah-ntah 2x5 je. yang kedua, jangan pandang rendah dengan orang lain, mungkin apa yang dia beritahu tu betul. Ermmm.. sama-samalah kita ambik iktibar..