Contoh Soalan Lembaga Jururawat Malaysia ( LJM )

Assalamualaikum.
Kepada pelatih jururawat yang nak ambik exam LJM tu, aku ada contoh soalan LJM.. diulangi CONTOH je tau, bukan soalan LJM sebenar ok. Nanti aku kena saman ngan Bahagian Latihan sebab bagi soalan sebenar LJM.*padahal tak de pon! Tapi soalan ni boleh membantu korang dalam ulang kaji dalam menghadapi hari bersejarah tersebut.
Sebelum tu, izinkan aku update tiap-tiap hari soalan ni, sebab soalan ni banyak tak sempat nak taip sekali gus. :)


1.       Enam jam selepas dipasangkan pengaliarn under water seal, Puan Rama mengadu kesukaran bernafas. Tindakan segera anda ialah
a.       Lakukan sedutan nasofaringeal
b.      Nasihatkan pesakit menarik nafas panjang
c.       Mulakan terapi oksigen 4 liter seminit
d.      Periksa fluktasi paras air pengaliran under water seal
2.       Intervensi kejururawatan yang dilakukan ke atas pesakit emphysema untuk mengelakkan small airway collapse adalah
a.       Melakukan postural drainage
b.      Melakukan chest percussion and vibration
c.       Galakkan pesakit melakukan pursed lip breathing
d.      Galakkan pesakit melakukan deep breathing exercise
3.       Nasihat yang perlu diberikan kepada pesakit yang menghidap bronchitis bagi mencegah simptomnya menjadi lebih teruk adalah
a.       Lakukan senaman awal pagi
b.      Makan makanan yang tinggi fiber
c.       Elakkan dari tempat sesak dan berhabuk
d.      Hentikan antibiotic hanya apabila keadaan pulih
4.       Cik Lim dipasang chest tube sebab mengalami haemotorax. Tujuan merawat beliau dalam posisi semi fowlers ialah untuk
a.       Mengelakkan pulmonary emboli
b.      Memastikan tiub penyaliran dada berfungsi dengan baik
c.       Menggalakkan penyaliran dan perkembangan paru-paru
d.      Membenarkan jururawat mencapai tiub dada dengan mudah
5.       Chest tube dimasukkan pada Puan Salmi kerana mengalami pneumotorax. Chest tube diklamkan sebelum pengeluaran. Tiba-tiba beliau mengalami dispnea. Intervensi kejururawatan segera adalah
a.       Membuka klam
b.      Beri terapi oksigen
c.       Posisi semula pesakit
d.      Ajar pesakit senaman pernafasan
6.       Encik Ravi telah dijadualkanuntuk menjalani torakotomi pada keesokkan hari. Tindakan kejururawatan untuk mengekalkan perkembangan paru-paru adalah
a.       Mengawal pengambilan cecair
b.      Mengekalkan rehat sepenuhnya
c.       Meletakkan klien pada posisi fowlers
d.      Mengajar klien senaman pernafasan
7.       Encik Maniam mengalami chronic obstructive pulmonary disease. Intervensi kejururawatan untuk meningkatkan status nutrisi beliau adalah
a.       Mulakan hyperalimentation therapy
b.      Beri diet kalori tinggi mengikiut toleransi
c.       Meningkatkan paras oksigen sebelum makan
d.      Beri sedikit makanan berzat dengan kerap
8.       Seorang klien  dengan asthma mengalami wheezing. Jururawat memahami ini berlaku kerana
a.       Kurang pertukaran gas
b.      Mucus yang pekat dan likat
c.       Pengyekatan salur pernafasan
d.      Penyekatan aliran udara yang keluar dari paru-paru
9.       Anda diarahkan memberi infuse Amilophyline 1gm dalam 500ml Dextrose 5% dalam tempoh masa 12 jam. Faktor titisan ialah 20. Berapakah kadar aliran infuse seminit yang perlu anda berikan?
a.       5
b.      14
c.       83
d.      125
10.   Tindakan bagi mengatasi masalah kejururawatan potensi kekurangan cecair berkaitan dengan hemoraj bagi klien menghidap dengan haemorragic fever ialah
a.       Berikan nutrisi yang sesuai mengikut jumlah kehilangan cecair
b.      Rawat klien dalam persekitaran yang selamat untuk mengelakkan kecederaan
c.       Beri cecair melalui tiub nasogastrik untuk menggantikan cecair yang hilang
d.      Lakukan gastric lavage dengan air sejuk untuk memberhentikan pendarahan
11.   Puan Lim mendesak untuk pulang walaupun masih belum discaj oleh doctor. Apakah tindakan jururawat dalam situasi ini?
a.       Puan Lim perlu menandatangani boring AOR sebab beliau ingkar arahan doctor
b.      Jangan   hiiiraukan permintaan Puan Lim dan haling   beliau dddaripada meninggalkan hospital
c.       Terangkan kepada Puan Lim bahawa beliau dibenarkan pulang sebaik sahaja sembuh
d.      Beritahu Puan Lim bahawa beliau tidak akan diterima masuk semula ke hospital kerana ingkar arahan doctor
12.   Encik Halim berumur 60 tahun mengalami cirit-birit yang teruk. Keputusan gas darah arteri (ABG) beliau adalah pH 7.25, HCO3 18mEq/L, PCO2 32mmHg, PO2 90mmHG dan BE -3. Keputusan beliau menunjukkan
a.       Alkalosis metabolic
b.      Alkalosis respiratori
c.       Asidosis metabolic
d.      Asidosis respiratori
13.   Rosmah berumur 5 tahun diberi prednisolone untuk rawatan glomerulonefritis kronik. Dalam memantau kesan sampingan medikasi ini, jururawat perlu perhatikan untuk
a.       Anoreksia dan sembelit
b.      Tiada selera makan dan cirit birit
c.       Tanda dehidrasi dan susut berat badan
d.      Tanda retensi cecair dan penambahan berat badan
14.   Cecair gentian pilihan untuk klien dewasa yang dimasukkan ke wad dengan renjatan hipovolumia adalah
a.       Mannitol
b.      Dextrose 10%
c.       Lactated Ringers
d.      Normal saline 0.45%
15.   Yang manakah antara berikut intervensi kejururawatan yang diambil jika jumlah baki penyaliran dialysis peritoneum +1000ml?
a.       Lapor segera kepada doctor
b.      Panjangkan masa penyaliran keluar
c.       Ubah baringan pesakit dari sisi ke sisi
d.      Cepatkan kadar pengaliran masuk diasilat
16.   Penyiasatan berikut adalah petunjuk yang unggul untuk menilai pengawalan diabetes seorang pesakit datang ke klinik susulan selepas 3 bulan?
a.       Fasting blood sugar
b.      Random blood sugar
c.       Analysis of microalbumin
d.      Glycosylated haemoglobin level
17.   Linda berumur 10 tahun seorang penghidap Type 1 Diabetes merancang untuk mengikut kelas renang. Pendidikan pesakit yang perlu anda berikan ialah
a.       Tambahkan 10 unit regular insulin pada hari latihan
b.      Tangguhkan masa makan malam sehingga selepas kelas renang
c.       Mengawalatur dos insulin pada waktu pagi supaya peak action insulin mencapai pada masa renang
d.      Monitor paras glukos sebelum dan selepas berenang untuk mengubahsuai amaun makanan dan insulin yang diperlukan
18.   Berikut adalah kenyataan yang benar dalam pendidikan pesakit kepada Encik Wong berusia 75 tahun dan kini menghidap Syndrome Inappropriate Anti Dieuretic Hormone (SIADH)
a.       Elakkan makan pisang dan oren
b.      Kurangkan pengambilan garam daLam diet
c.       Timbang dan rekod berat badan setiap hari
d.      Minum sekurang-kurangnya 1 ½ hingga 2 liter cecair sehari
19.   Pemerhatian yang penting terhadap seorang pesakit 4 jam selepas tiroidektomi ialah
a.       Corak pernafasan
b.      Keserakan suara
c.       Tingling of hands
d.      Output urine
20.   Puan Tina kembali ke wad selepas menjalani tiroidectomi dan pemerhatian dijalankan setiap jam. Anda akan segera memanggil doctor sekiranya Puan Tina mengalami
a.       Muntah dan cirit birit
b.      Kurang upaya menumpukan perhatian
c.       Tachycardia dan peningkatan tekanan darah
d.      Laryngeal stridor semasa inspirasi dan ekspirasi