Bila Bergelar GA Nurse

Assalamualaikum w.b.t..
Bulan ni dah masuk bulan ke 4 aku menjadi jururawat bahagian pembiusan ataupun GA nurse.. Tugas memang mencabar giler.. stressfull.. sebab bukan senang nak jadi nurse bahagian ni, kenapa aku cakap macam tu? Sebab time study dulu mana belajar nak jadi nurse bahagian bius segala ni, dulu masuk dewan bedah pun 2 minggu je sepanjang 3 tahun aku belajar.. apa je aku dapat sepanjamg 2 minggu tu.. tu pun tak tolak cuti.. kira punya kira.. dalam 8 hari je macam tu.. masuk OT (dewan bedah) pun observ je..so lagi la aku blur.. bila masuk zaman pekerjaan sebenar baru aku tahu betapa sukarnya kerja ni. Basic nursing kena tip top..padahal time aku student dulu belajar stakat nak pass exam, lepas exam ilmu ntah ke mana.. so nasihat aku kat adik-adik kat luar sana, gunakan lah ilmu yang korang ada sebaik mungkin, jangan ikut jejak aku ni hah~ :(
Kerja nurse bius ni kena tahan kena marah time mula-mula kerja, kena pantas dan cepat tangkap.. tak payah lembut-lembut.. jangan kalut-kalut.. dah la ko kalut pastu ko punya doktor pun yang jenis kalut, ngam sangat la tu! satu OT berterabur. Lagi-lagi kalau kes besar, berjoget bersilat macam la ko kat dalam OT..hahaha..
Bagi aku 6 bulan pertama ni memang stress, aku balik rumah je nangis~ rasa diri ni tak guna langsung dalam OT tu.. perkataan stupid, slow tu memang makanan harian aku. Yang paling pedih ayat yang aku dapat ialah " your brain didn't work huh? ".. wah! time-time tu jugak rasa nak melompat dari bangunan tinggi..hahaha.. tapi lama-lama dah lali. Bagi aku semua tu lumrah hidup bekerja, nak tak nak ko kena buat jugak kan.. ko yang pilih kerja ni so ko kena terima. Anggap ni semua rintangan sebelum nak jadi jururawat bius yang bagus, macam bayi tak terus-terus boleh berjalan kan.. so macam tu la jugak dalam kerja. Belajar dari kesilapan! * pandai memotivasikan diri konon..hahaha..
So, korang doakan kejayaan aku merempuh segala cabaran dan dugaan ni yerk.. Sekian, sayang korang semua..*flying kiss~