Hari Jururawat 2012

Tema Hari Jururawat 2012 : CLOSING THE GAP: FROM EVIDENCE TO ACTION
12 Mei 2012 adalah Hari Jururawat, so sempena hari jururawat ni.. aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia. Thanks untuk segala penat lelah, budi dan bakti yang ditaburkan selama berkhidmat. Bak kata Ahmad Shah Mohd Zain, Setiausaha Agung Ceupacs " tanpa jururawat, kualiti sistem perkhidmatan kesihatan awam akan terjejas teruk kerana jururawat menyediakan jagaan rawatan yang penting kepada pesakit". Begitu besar pengorbanan seorang jururawat, kadangkala terpaksa mengorbankan kepentingan diri demi berkhidmat untuk masyarakat. Semoga jururawat-jururawat di luar sana akan sentiasa sukses dengan bidang masing-masing. Aminn..


Hari kelahiran Encik Tunang

Entry hari ni ringkas je.

Hari ni hari ulang tahun kelahiran encik tunang aku.. so, maksudnya dia menyambut hari kelahiran dia yang ke 26! Ermmm.. dah tua encik tunang aku ni, dulu masa kenal dia, umur dia baru 21 tahun, tapi masa tu aku fikir dia dah 28 tahun.. huihhh..jahat betol aku neh! >.<

Doaku sempena hari kelahiran si dia.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sempena menyambut hari kelahiran Awalu, sebagai tanda kasih dan sayangku kepadanya maka aku memohon kepadamu Ya Allah agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang teguh, dimurahkan rezeki yang penuh berkat.

Ya Allah Ya Sami'u Ya Alim,
Aku menitipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar engkau kurniakan kepada
dia hati yang suci, hati yang kuat, dan semangat yang tinggi agar mampu menghadapi segala dugaanmu Ya Allah.

Ya Allah Ya Karim,
Sejahterakanlah kehidupan dia, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan
dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan seluruh orang di sampingnya. Amin Ya Rabbal Alamiin.

p/s: Tiada apa yang dapatku berikan selain doa yang berharga sempena hari kelahiranmu. :)