Rumahku, Syurgaku [ Edisi Rumah Sewa ]

Hello korang...

Minggu lepas aku lapor diri kat HKL, and lepas tu cari rumah sewa area HKL. Fuhlamakk.. mahal giler wei.. serius! aku yang tak dak duit satu sen ni just teguk air liur tengok harga rumah sewa area HKL. Paling murah pun aku jumpa RM 1100. Niat hati nak duduk hostel je, tapi senior-senior kat HKL cakap hostel nurse HKl ada kat AU 2 Keramat, susah nak dapat bas.. pastu jauh pulak.. ambik 1 jam setengah nak pergi hospital. Aku dah start pening.. nak bawa motor, lesen pulak tak dak.. kang tak pasal2 aku kena saman ngan Encik Polis.
So, aku try cari area Ampang.. cari punya cari aku dapat rumah kat Taman Mulia Jaya.. rumah kedai, 2 bilik 1 bilik air.. kebetulan tuan rumah nak pindah ke rumah baru.. tanya sewa sebulan berapa, RM 400.. aku terus ambik je.. sebab dah terdesak sangat. Jauh dari HKL, tapi kalau naik bas pastu sambung naik LRT sekejap je dah sampai HKL.. aku rasa ok la tu kan.

Bincang punya bincang ni la total yang aku patut bayar dengan tuan rumah tu.. 2 bulan deposit + bil api air + sewa untuk bulan tu, so total RM 1400. ULLLLpp! Aku dah start berpeluh balik.. nasib baik ada encik tunang, sanggup tolong dahulukan duit dia.. kalau tak, aku merempat bawa jambatan , nak mandi basuh baju tumpang stesen Petronas.. hahaha..
Kesimpulannya, cari la rumah awal-awal.. jangan ikut jejak aku.. kang kena tipu ngan orang lain.. nasib baik tuan rumah aku ni seorang yang jujur.. :)

Hope tips-tips ni boleh jadi rujukan korang untuk cari rumah sewa :

1- Boleh try survey kat internet dulu contohnya Mudah.my

> Jenis cth : appartment, flat, teres
> Check harga
> Keluasan
> Keadaan rumah
>Kemudahan cth : bas, tren, hospital, sekolah..
> Berapa bilik dan bilik air
> Basic, partly furnish, full furnish ( ni maksudnya rumah tu ada perabot atau tak) kalau yang fully furnish, maka harga sewanya pun lebih mahal.

2- Kalau rumah tu tuan rumah memang nak sewakan terus kepada penyewa so, bayaran deposit semua tu lebih murah. Tapi kalau melalui ejen, bayaran permulaan lebih mahal sebab kena uruskan dokumen lagi. Kalau melalui ejen, dorang akan buat perjanjian tenancy agreement untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah.

3- Bila dah siap survey kat internet, bolehlah bincang dengan tuan rumah kalau nak pergi tengok rumah tu dulu.

> Tengok keadaan rumah dengan lebih dekat
> Kawasan rumah ( keselamatan )
> Kalau dah berpuas hati, bolehlah deal dengan tuan rumah
> Jangan lupa tanyakan bil elektrik dan air sekali, mana la tahu ada tertunggak ke, tapi kadang-kadang tuan rumah suruh korang bayar bil semasa je.

Tu je la tips yang aku boleh kongsi. Kalau ada info lain nak tambah, boleh.. jom share ramai-ramai kat sini. Sharing Is Caring kann..... :D