Jejak Kasih [ Edisi Berjumpa Kakak ]

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni aku jumpa akak aku yang no.4 tu.. aku ada 5 orang kakak taw.. ramai kan? Aku last jumpa akak aku ni sejak 2008, dan lepas tu tak pernah jumpa dia lagi disebabkan kekangan masa, jarak dan wang.. bila ada masa duit pulak tak de..bila ada duit masa pulak tak de..so, macam mana tu? Tapi even macam tu, kiorang still contact tau, tak de la x contact langsung kan..
Semalam akak aku tetiba telefon :

Akak : Hello, wei ko kat ne
Aku : Kat Ampang la, napa?
Akak : Aku kat KL ni, ko nak jumpa aku tak?
Aku : Mesti la nak..
Akak : Ok, kita jumpa kat Mid Valley sekarang.
Sambil tengok jam (masa tu pukul 6.30 ptg
Aku : Ok2, tunggu kat sana, jap lagi aku datang. Ok, bye.
Mood: Happy giler!

Tapi kan, tak de la akak aku cakap melayu dengan aku kan macam kat atas tu.. dia cakap bahasa bajau la, nanti aku tulis sebijik2 bahasa bajau macam yang kiorang borak kang korang tak faham pulak. :D
Encik tunang tolong hantarkan aku g jumpa akak aku, naik moto LC member dia.. sebab Nuovo dia road tax dah mati..hehe..
So, ni la akak aku tu.. muka kiorang sama tak?


Sape lagi comel? :D
Serba sedikit tentang akak aku ni.
Nama dia Rindiwati but kat rumah panggil Ating je.
Dia sekarang tinggal kat Kulim, dan bekerja sebagai Pegawai Pinjaman.. So, sesiapa yang nak buat pinjaman tu.. boleh la contact dia.. haha.*promote*

p/s : Bila la lagi jumpa macam ni kan, hope time aku kahwin nanti semua family aku dapat berkumpul semula. :)

2 comments: