Jejak Kasih [ Edisi Berjumpa Kakak ]

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni aku jumpa akak aku yang no.4 tu.. aku ada 5 orang kakak taw.. ramai kan? Aku last jumpa akak aku ni sejak 2008, dan lepas tu tak pernah jumpa dia lagi disebabkan kekangan masa, jarak dan wang.. bila ada masa duit pulak tak de..bila ada duit masa pulak tak de..so, macam mana tu? Tapi even macam tu, kiorang still contact tau, tak de la x contact langsung kan..
Semalam akak aku tetiba telefon :

Akak : Hello, wei ko kat ne
Aku : Kat Ampang la, napa?
Akak : Aku kat KL ni, ko nak jumpa aku tak?
Aku : Mesti la nak..
Akak : Ok, kita jumpa kat Mid Valley sekarang.
Sambil tengok jam (masa tu pukul 6.30 ptg
Aku : Ok2, tunggu kat sana, jap lagi aku datang. Ok, bye.
Mood: Happy giler!

Tapi kan, tak de la akak aku cakap melayu dengan aku kan macam kat atas tu.. dia cakap bahasa bajau la, nanti aku tulis sebijik2 bahasa bajau macam yang kiorang borak kang korang tak faham pulak. :D
Encik tunang tolong hantarkan aku g jumpa akak aku, naik moto LC member dia.. sebab Nuovo dia road tax dah mati..hehe..
So, ni la akak aku tu.. muka kiorang sama tak?


Sape lagi comel? :D
Serba sedikit tentang akak aku ni.
Nama dia Rindiwati but kat rumah panggil Ating je.
Dia sekarang tinggal kat Kulim, dan bekerja sebagai Pegawai Pinjaman.. So, sesiapa yang nak buat pinjaman tu.. boleh la contact dia.. haha.*promote*

p/s : Bila la lagi jumpa macam ni kan, hope time aku kahwin nanti semua family aku dapat berkumpul semula. :)

Print Semula Tiket Airasia

Hello semua,

Hari ni aku nak share something dengan korang semua. Bagaimana nak print semula tiket airasia korang yang dah hilang.. tak kisah la korang perlukan tiket tu sebelum atau selepas berlepas. Tapi yang ni untuk sesiapa booking tiket melalui online je taw..Macam kes aku, tiket tu aku dah campak mana ntah sebab aku ingat tiket tu dah tak nak guna lagi.. tetiba lak opis aku minta salinan tiket untuk buat claim perjalanan.. aku pun gelabah nak cari tiket tu balik. So, bagi sesiapa yang nak cari balik tiket tu, bolehlah ikut cara kat bawah ni.

Cara-caranya ialah....

1- Mula-mula ingat email yang korang letak masa booking tiket hari tu.

Tiket Airasia Hilang></font></div><div style=

2- Buka email tu, pastu search perkataan "airasia travel itinerary" dalam email tu.
Tiket Airasia hilang

Korang akan dapat macam bawah ni
Tiket Airasia Hilang


3- Bila dah dapat, buka message yang korang dah detect tadi.
4- Tekan butang download all sebalah kanan tajuk tu ok.

Tiket Airasia Hilang
5- Lepas tu open file yang korang dah download tu.
Tiket Airasia Hilang

6- Lepas tu print! Kan dah siap. :D

Rumahku, Syurgaku [ Edisi Rumah Sewa ]

Hello korang...

Minggu lepas aku lapor diri kat HKL, and lepas tu cari rumah sewa area HKL. Fuhlamakk.. mahal giler wei.. serius! aku yang tak dak duit satu sen ni just teguk air liur tengok harga rumah sewa area HKL. Paling murah pun aku jumpa RM 1100. Niat hati nak duduk hostel je, tapi senior-senior kat HKL cakap hostel nurse HKl ada kat AU 2 Keramat, susah nak dapat bas.. pastu jauh pulak.. ambik 1 jam setengah nak pergi hospital. Aku dah start pening.. nak bawa motor, lesen pulak tak dak.. kang tak pasal2 aku kena saman ngan Encik Polis.
So, aku try cari area Ampang.. cari punya cari aku dapat rumah kat Taman Mulia Jaya.. rumah kedai, 2 bilik 1 bilik air.. kebetulan tuan rumah nak pindah ke rumah baru.. tanya sewa sebulan berapa, RM 400.. aku terus ambik je.. sebab dah terdesak sangat. Jauh dari HKL, tapi kalau naik bas pastu sambung naik LRT sekejap je dah sampai HKL.. aku rasa ok la tu kan.

Bincang punya bincang ni la total yang aku patut bayar dengan tuan rumah tu.. 2 bulan deposit + bil api air + sewa untuk bulan tu, so total RM 1400. ULLLLpp! Aku dah start berpeluh balik.. nasib baik ada encik tunang, sanggup tolong dahulukan duit dia.. kalau tak, aku merempat bawa jambatan , nak mandi basuh baju tumpang stesen Petronas.. hahaha..
Kesimpulannya, cari la rumah awal-awal.. jangan ikut jejak aku.. kang kena tipu ngan orang lain.. nasib baik tuan rumah aku ni seorang yang jujur.. :)

Hope tips-tips ni boleh jadi rujukan korang untuk cari rumah sewa :

1- Boleh try survey kat internet dulu contohnya Mudah.my

> Jenis cth : appartment, flat, teres
> Check harga
> Keluasan
> Keadaan rumah
>Kemudahan cth : bas, tren, hospital, sekolah..
> Berapa bilik dan bilik air
> Basic, partly furnish, full furnish ( ni maksudnya rumah tu ada perabot atau tak) kalau yang fully furnish, maka harga sewanya pun lebih mahal.

2- Kalau rumah tu tuan rumah memang nak sewakan terus kepada penyewa so, bayaran deposit semua tu lebih murah. Tapi kalau melalui ejen, bayaran permulaan lebih mahal sebab kena uruskan dokumen lagi. Kalau melalui ejen, dorang akan buat perjanjian tenancy agreement untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah.

3- Bila dah siap survey kat internet, bolehlah bincang dengan tuan rumah kalau nak pergi tengok rumah tu dulu.

> Tengok keadaan rumah dengan lebih dekat
> Kawasan rumah ( keselamatan )
> Kalau dah berpuas hati, bolehlah deal dengan tuan rumah
> Jangan lupa tanyakan bil elektrik dan air sekali, mana la tahu ada tertunggak ke, tapi kadang-kadang tuan rumah suruh korang bayar bil semasa je.

Tu je la tips yang aku boleh kongsi. Kalau ada info lain nak tambah, boleh.. jom share ramai-ramai kat sini. Sharing Is Caring kann..... :D