Kami Lebih Daripada Itu..


Hi.. korang semua.. was up..
Hari ni aku rasa geram sangat-sangat bila terbaca post facebook sorang dari member kolej aku dulu.. aku bukan geram kat dia okeh.. aku geram kat sape yang duk hina kami sebagai nurse U29 ni.. Kalau benci sekali pun jangan la hina kan, apa la dosa kami ni kat dia.. hina sebab kami ni ada diploma je ker? erm... aku rasa orang tu silap besar la kan.. jangan ingat kami tak boleh berjaya dari tu.. ok, bagi permulaan biarlah kami bermula dari bawah.. dah rezeki kami macam tu nak buat macam mana kan.. nanti kami sambung la study tak lama lagi.

Yang duk hina tu, ingat la yek.. bayangkan kalau tak de nurse u29 kat wad.. cam ne? padahal majoriti nurse2 kat wad tu nurse u29 taw.. aku rasa yang hina-hina kami ni fikir dia tu tak akan sakit kot, ke dia sakit duk kat rumah je.. tak yah datang hospital.. geram lak aku!

Aku tak payah nak terangkan panjang-panjang la kan tugas jururawat ni macam mana, korang sendiri pun tahu.. kang kata kami tak ikhlas lak buat kerja sebab duk ungkit2 pengorbanan kami..

Ingat wahai si penghina, janganlah bongkak sangat sebab KAMI BOLEH PERGI JAUH DARI ITU!!


Aku harap orang-orang macam ni akan sedar suatu hari nanti..Aminnn...