Berpada Bila Like Kat Facebook

Assalamualaikum w.b.t..
Entry kali ni, bukan nak tunjuk baik ataupun nak mengata sesiapa.. tapi untuk peringatan kita bersama.. :)

Aku tahu, sekarang memang jadi fenomena la kan sosial network cam facebook ni.. macam-macam boleh post.. tetapi kadang-kadang apa yang kita post tu menjerat diri sendiri.. bukan just dalam facebook je, tapi gak sosial network yang lain.. ada yang sampai naik mahkamah bagai..itu sendiri tanggung akibatnya..

Tapi yang tukang-tukang LIKE kat facebook ni kadang-kadang menampakkan "kekurangan kepandaian" diri tu.. apa tak nya, post yang tak sepatutnya di LIKE pun, nak gak LIKE.. kadang-kadang aku geram.. sebab tindakan macam tu seolah-olah menggalakkan lagi orang yang post tu buat macam tu lagi.. kalau hari ni disebabkan post status boleh kena naik mahkamah, mungkin esok-esok disebabkan LIKE post or komen boleh macam tu pulak...hik3.. tak tahu la kan.. harap-harap tak la yerk..

Aku tak kisah kalau LIKE tu membawa kepada kebaikan.. atau tanda setuju kepada sesuatu yang baik-baik.. contohnya status kat bawah ni..

" Jom pergi masjid"

tapi kalau LIKE yang kat bawah ni.. aku pun dah tahu nak cakap apa...

" PUIHHHHHHHHHH! AKU NAK HADAP KAU SEORANG JELA BETINA SUN**L, AKU TAK SEMBANG KOSONG PUNYA! KALAU BERANI MARI LARR!! ANAK GAMPANG! HARAM S**L!! "

*ini cuma contoh post kat facebook.. xde kena mengena yang hidup atau yang mati... :)

Yang aku hairan tu, post yang pertama selalunya tak ramai pulak yang like.. yang post nombor 2 tu pulak berpuluh-puluh yang like.. hairan bin ajaib betol..

LIKE tu tanda setuju,, ataupun rasa suka kita terhadap sesuatu.. so, mari la kita fikirkan bersama.. :)

p/s :
1) Rasa macam nak buat slogan "BACA, FIKIR, LIKE"...
2) Maafkan aku sekiranya ada yang marah terhadap post ni.. 10 jari ku susun rapi..memohon maaf..
3) hope tak de org ckp " suke ati dorg la nak LIKE apa pun, ko sebok apesal".. kui3..
Sekian, wasalam..