Suatu Ketika Dahulu...


Susu Cap Junjung
Masa aku kecil, aku tak menyusu badan.. tapi aku minum Susu Cap Junjung.. Mak aku cakap, perut aku tak boleh terima susu mahal-mahal sebab aku akan tercirit.. tapi bila aku besar sikit, aku beralih kepada "Glukolin a.k.a air gula".. sedap ooooo..
Setiap hari berebut botol susu dengan adik..boleh pulak dia baling bateri besar kat hidung aku.. besar gabak pulak tu..hampir patah hidung aku dibuatnya..

Bila aku dah start pandai makan gula-gula.. hari-hari aku rembat gula-gula kat kedai runcit arwah bapa aku.. satu hari, aku curi sebijik gula-gula..tapi aku tercekik time makan benda alah tu..setiap hari tu jugaklah aku kena makan panadol sebab gigi aku sakit.
Aku tak reti makan nasi.. hari-hari makan Maggi..
Pernah berlari balik rumah ketika mandi sungai sambil nangis-nangis minta tolong disebabkan takut bunyi kapal terbang..
Selalu join family pergi ke sawah.. kecian mak aku, tanam padi bawah panas-panas..

Masa kecik-kecik dulu..aku selalu main sorok-sorok.. guli.. ting-ting, batu seremban.. main senapang dari papan.. panjat pokok cermai.. mandi sungai kat belakang rumah aku yang banyak lintah..wuuuu.. pastu main bola roundes kat padang kampung aku.. main layang-layang..dengan abang dan kakak-kakak aku.
Senapang papan yang selalu aku main..
Sakit wooo..kalau kena buah ni...

Aku suka terjun dari atas jambatan gantung.. terus masuk dalam sungai..zasssss..hebat aku ni..hohohohoho..
Aku suka main masak-masak..kahwin-kahwin..kecik2 dah gatai nak kahwin2..lalalala~

Masa aku masuk tadika, ada sorang budak suka tarik rambut aku.. aku tak suka dia!
Masa tadika gak, aku suka kumpul pemadam yang ada gambar kartun..aku tak boleh tengok pensil orang lain lebih tinggi dari pencil aku..
Aku suka pergi sekolah sebab aku dapat makan free tiap-tiap hari.
Satu-satunya huruf yang aku tak reti nak buat adalah huruf "S".
Tora benda wajib aku beli bila ke pekan.."Tora Datang Lagi"~~"Ding Dang"..

Ni la Tora n Ding Dang.. aku ambik mainan dalam tu je.. yang coklat dalamnya aku tak makan pon..
Ding Dang lebih murah dari Tora..dalam 90sen cam tu.. kalau Tora dalam sehengget lebih.. tu zaman aku la..

Masuk darjah satu, aku jadi taiko.. sebab takde orang berani nak kacau sebab aku ramai abang dan kakak yang satu sekolah dengan aku..hehehe...

Darjah dua, aku kuat main zero point/getah..dan aku boleh lompat sampai "merdeka"..*berharapdapat main sebagai anak bulan.. :(
Sekolah rendah aku boleh dikatakan seorang murid pandai..
Setiap kali exam,setiap kali tu jugaklah bapak aku belikan peralatan menulis baru..bapak kata biar semangat nak jawab exam.
Belanja aku ke sekolah hanya RM 0.50..dengan duit tu aku boleh beli sebungkus nasi lemak dan sebungkus mee goreng.. baki rm 0.10 bawa balik rumah simpan dalam tabung.
Aku pernah minum air paip kat sekolah, sebab kakak aku cakap air paip tu dah diletak ubat..
Dalam masa 20 minit, ditempat yang berlainan dikawasan sekolah, aku pernah jumpa duit sebanyak 90sen.. (20 sen + 20 sen + 50 sen ).. hari bertuah aku!


Sekolah menengah
Masuk sekolah asrama penuh.. pastu dah start kuat main.. belajar ntah ke mana..
Dulu mana ada handphone.. duk asrama pakai public phone je.. ingat lak trick dak2 asrama tekan * dan # serentak..kononya bagi kredit tahan lama..

Aku pakai sabun POPINJAY kat asrama dulu..wangi woooo..
Suka tidur kat kelas, satu hari aku kena baling ngan kapur masa kelas math..start hari tu aku tak pernah tidur.. untuk tingkatan 3 je la..hahaha
Dah start admire2 senior..kui..kui..kui.. but, aku pendam je taw.. aku tak reti nak gedik2,,hahaha..pendam je perasaan ini,, sebab masa tu kan aku budak GEMOK..
Form 4, ada budak form 1 suka kat aku.,, gilerr ko!
Form 5, aku start sedikit2 serius study..last2 menghampakan bila SPM kuar..padan muka aku! uwaaaa... tu la banyak main lagi..
Ini la rupa sabun Popinjay tu..huhu
Umur aku 19 tahun
Aku start kerja kat Jabatan Pertanian Kuala Lumpur.
Aku gila main Myspace, dan aku adalah KIPAS SUSAH MATI MYSPACE.. makan,tidur..hanya Myspace.. bagi aku, facebook tak boleh lawan Myspace sehingga kekasih aku TOM tukar Myspace 1.0 kepada myspace 2.0 .. tapi bagi aku myspace tetap di hatiku!
Aku letak gambar orang yang aku suka dalam "Who I Want To Meet" Friendster..last2 kantoi.. sebab orang tu tak tahu yang aku duk minat kat dia.. haha..boleh tahan gedik jugak aku ni kan..bukan gedik okeh, nakal je.. tapi yang bestnya, last-last orang tu jadi tunang aku jugak.. harharhar..

Tulah serba sedikit kisah hidup aku.. part yang atas-atas tu, aku tak tahu budak-budak zaman sekarang laluinya atau tak.. sebab dorang sekarang duk sebok main PSP, main Facebook.. main game DOTA~ kalau main kat luar rumah pun takut kena culik jerk..haha.. huiiii...cabol mulot aku neh..pangggggggg!!!

K, bye~









Berpada Bila Like Kat Facebook

Assalamualaikum w.b.t..
Entry kali ni, bukan nak tunjuk baik ataupun nak mengata sesiapa.. tapi untuk peringatan kita bersama.. :)

Aku tahu, sekarang memang jadi fenomena la kan sosial network cam facebook ni.. macam-macam boleh post.. tetapi kadang-kadang apa yang kita post tu menjerat diri sendiri.. bukan just dalam facebook je, tapi gak sosial network yang lain.. ada yang sampai naik mahkamah bagai..itu sendiri tanggung akibatnya..

Tapi yang tukang-tukang LIKE kat facebook ni kadang-kadang menampakkan "kekurangan kepandaian" diri tu.. apa tak nya, post yang tak sepatutnya di LIKE pun, nak gak LIKE.. kadang-kadang aku geram.. sebab tindakan macam tu seolah-olah menggalakkan lagi orang yang post tu buat macam tu lagi.. kalau hari ni disebabkan post status boleh kena naik mahkamah, mungkin esok-esok disebabkan LIKE post or komen boleh macam tu pulak...hik3.. tak tahu la kan.. harap-harap tak la yerk..

Aku tak kisah kalau LIKE tu membawa kepada kebaikan.. atau tanda setuju kepada sesuatu yang baik-baik.. contohnya status kat bawah ni..

" Jom pergi masjid"

tapi kalau LIKE yang kat bawah ni.. aku pun dah tahu nak cakap apa...

" PUIHHHHHHHHHH! AKU NAK HADAP KAU SEORANG JELA BETINA SUN**L, AKU TAK SEMBANG KOSONG PUNYA! KALAU BERANI MARI LARR!! ANAK GAMPANG! HARAM S**L!! "

*ini cuma contoh post kat facebook.. xde kena mengena yang hidup atau yang mati... :)

Yang aku hairan tu, post yang pertama selalunya tak ramai pulak yang like.. yang post nombor 2 tu pulak berpuluh-puluh yang like.. hairan bin ajaib betol..

LIKE tu tanda setuju,, ataupun rasa suka kita terhadap sesuatu.. so, mari la kita fikirkan bersama.. :)

p/s :
1) Rasa macam nak buat slogan "BACA, FIKIR, LIKE"...
2) Maafkan aku sekiranya ada yang marah terhadap post ni.. 10 jari ku susun rapi..memohon maaf..
3) hope tak de org ckp " suke ati dorg la nak LIKE apa pun, ko sebok apesal".. kui3..
Sekian, wasalam..

Kami Lebih Daripada Itu..


Hi.. korang semua.. was up..

Hari ni aku rasa geram sangat-sangat bila terbaca post facebook sorang dari member kolej aku dulu.. aku bukan geram kat dia okeh.. aku geram kat sape yang duk hina kami sebagai nurse U29 ni.. Kalau benci sekali pun jangan la hina kan, apa la dosa kami ni kat dia.. hina sebab kami ni ada diploma je ker? erm... aku rasa orang tu silap besar la kan.. jangan ingat kami tak boleh berjaya dari tu.. ok, bagi permulaan biarlah kami bermula dari bawah.. dah rezeki kami macam tu nak buat macam mana kan.. nanti kami sambung la study tak lama lagi.

Yang duk hina tu, ingat la yek.. bayangkan kalau tak de nurse u29 kat wad.. cam ne? padahal majoriti nurse2 kat wad tu nurse u29 taw.. aku rasa yang hina-hina kami ni fikir dia tu tak akan sakit kot, ke dia sakit duk kat rumah je.. tak yah datang hospital.. geram lak aku!

Aku tak payah nak terangkan panjang-panjang la kan tugas jururawat ni macam mana, korang sendiri pun tahu.. kang kata kami tak ikhlas lak buat kerja sebab duk ungkit2 pengorbanan kami..

Ingat wahai si penghina, janganlah bongkak sangat sebab KAMI BOLEH PERGI JAUH DARI ITU!!


Aku harap orang-orang macam ni akan sedar suatu hari nanti..Aminnn...


Keputusan Penempatan Jururawat Gred U29

Penempatan Jururawat Gred U29
Setelah menunggu sekian lama, akhirnya debaran terlerai juga.. Yeah!! aku ditempatkan untuk bertugas di Hospital Kuala Lumpur.. Sedih tu.. memang la sedih sebab terpaksa duduk jauh dengan family, tapi tak pe la kan, yang penting kerja.. even dorang suruh aku kerja kat pedalaman pun aku sanggup.
Bagi yang dapat kat tempat yang korang tak suka, aku nasihatkan supaya korang banyak bersabar.. nanti dah lama sikit korang bolehlah minta transfer.. ok what duduk kat tempat lain, banyak pengelaman yang korang dapat.. tak kan nak duduk bawah ketiak mak bapa je.. huhuhuhu..
So, aku berdoa agar aku boleh bertugas dengan baik bila dah start kerja nanti.. korang doakan aku gak yek..^_^.