Terkedu Tunang Dimotor Depan

Hari ni boring duduk rumah, so tetiba lak teringin nak layan lagu..so, aku buka la radio. Mula-mula layan lagu apa ntah.. layan je even tak tahu lagu apa. Masa layan lagu kat Sinar Fm, dorang siar benda ni.. tajuk dia Terkedu Tunang Dimotor Depan..


~Jom Dengar~



Sumber: Sinar.Fm


Aku gelak je bila dengar benda ni..lucu.. Aku no komen la pasal kisah dorang ni kan..
Tapi apa yang aku akan buat kalau aku di situasi tunang si lelaki ni, dan tunang aku menggantikan lelaki tu. Hahahaha..aku rasa aku bukan setakat peluk tubuh je kot, time tu jugak aku ambik lock stering kereta tu, pastu tebas kedua-duanya! wachaaa!!..hahaha.. Remuk hati la katakan.

Aku pun pernah gak kursus 3 tahun dan selama 3 tahun tu la aku duduk jauh dengan tunang. Tapi kalau aku la dalam situasi ni, aku memang tak boleh terima. Kita setia kat dia, dia pulak buat macam ni kat kita kan.huhuhu..sedih woooo.. Syukurlah sepanjang kami bertunang tak de lagi kes-kes macam ni terjadi, dan aku berharap ini akan kekal sampai bila-bila memandangkan kami dah masuk 3 tahun bertunang dan akan menamatkan status bertunang ni hujung tahun ni, doakan ya! :)

Dorang cakap masa bertunang ni la banyak dugaan, yup! aku memang sokong..tapi itu terpulang kepada pasangan tu. Kalau dua-dua baik, rasanya tak de masalah.
So..pesanan ku untuk pasangan kat sana, setialah pada yang satu..ok.

4 comments: