Malaysia Hari Ini (MHI TV3) 29 Februari 2012

Hari ini adalah hari jadi yang paling bermakna dalam hidup aku.. ye la, dah la birthday 4 tahun sekali.. last-last dapat pula jemputan dari Malaysia Hari Ini (MHI TV3), wah... masuk tv.. happy siot! Aku excited? ofkos la.. bukan senang dapat masuk tv kan.. hahaha..live pulak tu.. tapi sedih, tak sempat nak ambik gambar or video sebagai bukti :(

Macam mana aku leh dijemput oleh MHI TV3 pula? Padahal siapa la aku ni kan..huhu..ceritanya macam ni, semalam masa buka facebook MHI TV3, dorang ada post tentang sesiapa yang lahir 29 februari, dorang akan jemput untuk datang ke Sri Pentas bagi join dorang dalam rancangan MHI tapi untuk 5 orang terpilih je la.
Aku pun cuba la nasib, aku tak de la berharap sangat sebab aku tahu bukan aku sorang je yang lahir 29 feb. so aku pun hantar la nombor ke email tu. Aku hantar email pukul 2.41 pagi.. pastu tunggu je la jawapan dari pihak MHI.

Pukul 2.30 petang, tetiba incoming call pastu aku jawab je la walaupun nombor tak kenal. Rupa-rupanya calling dari pihak MHI TV3, dorang nak jemput join MHI 29 februari. Aku punya excited, terus terima tawaran dorang. Siapa yang tak nak masuk tv weh!..hahaha.

Lepas aku terima tawaran tu, aku terus pergi shopping baju sebab aku tak nak la aku comot-comot masuk tv. Aku shopping dengan encik tunang aku, and dia bermurah hati nak sponsor sempena hari jadi aku katanya, lagi aku tambah happy. Thanks ya sayang (sempat plak aku ni bersayang-sayang kat sini) huhuhuh.. Shopping baju sampai 3 jam, semata-mata nak masuk tv. Encik tunang aku dah start berdehem, penat agaknya dia.

So, keesokan harinya aku bangun pukul 4 pagi, siap-siap and terus pergi Sri Pentas sebab takut lambat.. ye la.. dari Ampang ke Damansara bukannya dekat, nasib baik pagi-pagi dah keluar tak de la sangkut jem, kereta pun tak banyak..lepas tu kitorang sampai pukul 6 pagi kat Sri Pentas.

Aku disambut oleh cik/puan Nor Hidayah and dia bawa aku ke bilik make up, touch-up sikit supaya tak de la pucat sangat masuk tv.. hahaaha..kalau tak make up macam mana la muka aku, comfirm korang tutup tv punya la!~ haha.

Yang datang masa tu hanya 3 orang je, may be ada yang tarik diri kot.. tu aku tak berapa pasti.. tapi tak pe la, kalau banyak sangat pun susah gak nanti crowded (ke ko nak sorang je masuk tv?)hehehe..just kidding.
3 orang je yang datang..aku, Kak Fatihiah dan Razak a.k.a "abang Asmara" sebab muka sebijik macam Dr.Fazley.

Lepas make up kitorang bertiga masuk dalam studio, host masa tu Ally Iskandar dan Fedtri Yahya.. dorang berdua ni sangat comel sebab kecik je orangnya. Aku rasa ramai yang setuju dengan statement aku tu. :)
After di wawancara, yang tak sampai 5 minit tu kami bertiga dibawa ke luar untuk buat kek hari jadi..di hostkan oleh pengacara Jahan yang birthday dia pada 28 feb dan chef Anuar guide kami macam mana buat kek, kalau tak de orang guide gilo weh, aku ni dah la tak reti buat kek.. karang dari buat kek jadi kuih karipap plak..hahaa..best giler... dapat makan kek pastu dapat hadiah lagi dari MHI. Thanks MHI TV3..

Kenangan bersama tv3 akan ku simpan sampai bila-bila.. ni la peristiwa paling special sempena tarikh lahir aku.. pada semua krew-krew MHI masa tu, korang memang best-best, serius! Semoga MHI TV3 sukses selalu.
Sekian cerita panjang aku.

~ choww.. aku nak tido, sok nak balik Sabah.
Tapi sebelum tu aku nak tunjuk hadiah yang aku dapat sempena hari jadi aku hari ni.
Hadiah dari Encik Tunang dan dari MHI TV3
*mousepen tu aku memang idam-idamkan dari dulu, last-last encik abang aku hadiahkan ^_^
Dan.. jom tengok apa isi paper beg tu.

Isi paper beg.. hadiah dari MHI TV3.
Thanks MHI TV3 :)
... ok, yang ni nak chow betul-betul..Sori masa pergi Sri Pentas tak sempat ambil gambar, sebab nak cepat balik nak buat persiapan balik Sabah.
...k, chow...bye...