Penempatan Jururawat U29

Tak sabar rasanya nak dengar orang panggil aku dengan panggilan Jururawat Isma, dan tak lama lagi aku akan memakai lencana Lembaga Jururawat yang berwarna hijau tu. Seronoknya!

Tapi, dah sebulan lebih aku tunggu keputusan penempatan jururawat U29 bagi tahun 2012 . Rehat kat rumah, badan bagai di pam-pam. Agak-agak bila keputusan penempatan akan keluar ye? Tak sabar rasanya nak tahu dorang campak aku posting kerja kat mana nanti.

Masa isi borang hari tu, dah letak 3 pilihan penempatan. Aku letak pilihan 1 dan 2 untuk Selangor, dan pilihan ke 3 Kuala Lumpur, tapi tak tahu la dapat ataupun tak. Berdoa je lah.

Niat hati kalau boleh nak jugak kerja kat bahagian klinik, tapi kalau dapat bahagian hospital pun tak apa. Dengar cerita konon-kononnya keputusan akan keluar bulan Mac nanti, betul ke? Err... tunggu je la kan abang posmen bawa surat tawaran ke rumah... Wahai encik posmen yang hensem.. Come To Mama... huhu. Aku dah penat tiap-tiap hari check peti surat kat bawah rumah.
"Be nice to me, I may be your Nurse someday"

2 comments:

Aqilah Khairri said...

Aqilah Follow Kak Isma balik :)

Isma Subindin said...

Tengs ya adik Aqilah.. >.<