Jom Daftar Sebagai Pengundi

Tak lama lagi musim mengundi kan? Korang dah daftar belum? Aku dah daftar masa 2009, tapi lupa pula nak check, baru tadi baru terhegeh-hegeh nak check selepas 3 tahun mendaftar. hahaha.. so, jom la daftar ramai-ramai.. tapi korang jangan main daftar jer, nak daftar kena ada syarat ok..

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) Seorang warganegara Malaysia;
(b) Telah mencapai umur 21 tahun;
(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Disebabkan aku telah memenuhi semua syarat-syarat diatas, maka inilah hasilnya..

Tak sabar rasanya nak pergi mengundi, aku nak undi parti..... Harimau Belang..hahahha...*Undi adalah rahsia...
p/s: Jalankan tanggungjawab anda kepada negara.

4 comments: