29 FEBRUARI

Tahun 2012 adalah tahun lompat. Korang tahu tak tahun lompat tu tahun apa? dan kenapa dia dipanggil tahun lompat? baca ni (http://ms.wikipedia.org/wiki/29_Februari)

Sekarang aku sedang mencount down hari.. dan tak sabar-sabar nak tunggu kedatangan 29 februari 2012 ni.

Ramai orang cakap, sesiapa yang lahir 29 februari ni rugi.. betul ke? Bagi aku, tak pon.. bagi aku special je sebab bukan setiap tahun ada 29 februari ni kan? dan bagi sesiapa yang lahir pada tarikh ni jugak, selalunya kawan-kawan akan ingat korang. Seronoknya!

Ada sesetengah orang dari golongan ni akan menyambut hari jadi meraka setiap tahun walaupun dalam kalendar tak ada 29 februari. Nak tanya korang la, korang sambut 28 februari ke ataupun 1 Mac?? huh! Pening!
TAHUN 2004

Masa ni aku tingkatan 4.. kawan-kawan sekolah kenakan aku habis-habisan. Kasut sekolah aku dorang campak dalam kolam sekolah. Kejam sungguh! tapi tak pe, aku tak ambik hati pun. Tu memori terindah bagi aku. Masa tu aku dapat hadiah buah oren dan pensel warna.. tengs kawan2. I love you all. korang the best!

Tahun 2008
Aku dapat hadiah paling special.. bermalam di tepi pantai Port Dickson untuk melihat matahari terbit dan terbenam. Huhuhu.. pelik sungguh permintaan aku kan? Lepas tu, aku dapat hadiah teaddy bear dari encik tunang. Bestnyer!

Tahun 2012
Tahun 2012 ni plak, agak-agak dapat hadiah apa erk?? Tunggu jawapannya~ huhuhu