Jom Daftar Sebagai Pengundi

Tak lama lagi musim mengundi kan? Korang dah daftar belum? Aku dah daftar masa 2009, tapi lupa pula nak check, baru tadi baru terhegeh-hegeh nak check selepas 3 tahun mendaftar. hahaha.. so, jom la daftar ramai-ramai.. tapi korang jangan main daftar jer, nak daftar kena ada syarat ok..

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) Seorang warganegara Malaysia;
(b) Telah mencapai umur 21 tahun;
(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Disebabkan aku telah memenuhi semua syarat-syarat diatas, maka inilah hasilnya..

Tak sabar rasanya nak pergi mengundi, aku nak undi parti..... Harimau Belang..hahahha...*Undi adalah rahsia...
p/s: Jalankan tanggungjawab anda kepada negara.

Soalan Lembaga Jururawat Malaysia

Bagi calon-calon yang akan ambil peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), good luck yerk! Disini aku nak bagi link contoh-contoh soalan LJM. Yang ni web version, kalau nak cari book version ada juga, korang rajin-rajinkan lah diri tu pergi labrary, jangan malas. Apa guna kolej korang sediakan library besar gabak macam tu kan.

Soalan dalam ni disertakan jawapan dan rasional sekali, best kan? Tapi soalan dalam bahasa Inggeris la. Kalau tak faham buka kamus! hahaha.. korang nak senang je kan.. haipp! jangan malas-malas! LJM tak lama lagi tu!

Contoh soalan Lembaga Jururawat Malaysia





• SLIP PEPERIKSAAN
• KAD PENGENALAN
• PENCIL 2B (kalau boleh bawa sekurang-kurangnya 2 batang, masa exam rasanya tak perlu bawa pen)
• PEMADAM
• DUA KEPING NOMBOR GILIRAN ( sekeping letak kat meja, sekeping lagi bawa semasa masuk dewan * tapi yang ni tak tahu la, sama ke tak untuk semua kolej)




Belajar rajin-rajin, semoga kecemerlangan milik korang. Insya Allah..

Aku, Kakak Dan Adik

Entry kali ni, khas untuk adik dan kakakku yang berada di Sabah.

Kakak

Ini kakak aku yang no 2. Nama sebenar Julaynah tapi family aku panggil Ajul je.
Dia ni best, fulus banyak.. nanti boleh paw.
Kakak aku yang ni la yang rekemen kan aku supaya masuk nurse ni.
Bak kata dia ...
1- Nurse ni bagus, senang dapat kerja. Gaji pun ok.
2- Belajar free, tak payah bayar 1 sen pun. Asalkan kita ikut peraturan yang ditetapkan oleh KKM.
3- Bla..bla...bla...

Oleh itu aku telah termakan "hasutan" kakak aku ni, sekarang aku akan bakal menjadi seorang jururawat tak lama lagi.

Adik



Ini pula, adik aku. Nama dia Sunesterah.. family aku panggil dia Ika.
Dia seorang yang "ayu".
Teman bergaduhku bila balik kampung.
Yang dia ni sama kes dengan aku, dia pun terkena "hasutan" kakak aku yang kat atas tu. So, sekarang dia pun bakal menjadi jururawat tak lama lagi. Insya Allah.

P/S: Doakan kejayaan kami. :)

Penempatan Jururawat U29

Tak sabar rasanya nak dengar orang panggil aku dengan panggilan Jururawat Isma, dan tak lama lagi aku akan memakai lencana Lembaga Jururawat yang berwarna hijau tu. Seronoknya!

Tapi, dah sebulan lebih aku tunggu keputusan penempatan jururawat U29 bagi tahun 2012 . Rehat kat rumah, badan bagai di pam-pam. Agak-agak bila keputusan penempatan akan keluar ye? Tak sabar rasanya nak tahu dorang campak aku posting kerja kat mana nanti.

Masa isi borang hari tu, dah letak 3 pilihan penempatan. Aku letak pilihan 1 dan 2 untuk Selangor, dan pilihan ke 3 Kuala Lumpur, tapi tak tahu la dapat ataupun tak. Berdoa je lah.

Niat hati kalau boleh nak jugak kerja kat bahagian klinik, tapi kalau dapat bahagian hospital pun tak apa. Dengar cerita konon-kononnya keputusan akan keluar bulan Mac nanti, betul ke? Err... tunggu je la kan abang posmen bawa surat tawaran ke rumah... Wahai encik posmen yang hensem.. Come To Mama... huhu. Aku dah penat tiap-tiap hari check peti surat kat bawah rumah.
"Be nice to me, I may be your Nurse someday"

Tamat Latihan Kolej Kejururawatan Muar Kumpulan 1/2009

25 November 2011
Lambat pulak nak post benda ni dalam blog, orang tua-tua cakap dah basi! haha, basi tak basi.. aku tetap nak letak jugak.

3 tahun bersama kawan-kawan, banyak benda yang diharungi bersama sebangai pelatih jururawat. Pahit manis suka duka semua ada. tapi bagi aku semua tu kenangan yang tak boleh dijual beli dan aku berharap hubungan persahabatan ini tidak akan pernah terputus sampai bila-bila.

Kat bawah ni, gambar yang diambil semasa Majlis Tamat Latihan kat kolej aku.
Tamatlah sudah latihan selama 3 tahun. Bersedia untuk menjadi seorang jururawat terlatih.



Muka gembira :P


Kawan-kawanku yang sekepala denganku.
Melompat dengan lebih tinggi.


Rakan-rakan sepejuangan.

Pengerusi Majlis


Terima kasih puan kerana menjaga kumpulan 1/2009.




Adik-adik junior membuat persembahan.




Rindu kumpulan 1/2009 Kolej Kejururawatan Muar.

29 FEBRUARI

Tahun 2012 adalah tahun lompat. Korang tahu tak tahun lompat tu tahun apa? dan kenapa dia dipanggil tahun lompat? baca ni (http://ms.wikipedia.org/wiki/29_Februari)

Sekarang aku sedang mencount down hari.. dan tak sabar-sabar nak tunggu kedatangan 29 februari 2012 ni.

Ramai orang cakap, sesiapa yang lahir 29 februari ni rugi.. betul ke? Bagi aku, tak pon.. bagi aku special je sebab bukan setiap tahun ada 29 februari ni kan? dan bagi sesiapa yang lahir pada tarikh ni jugak, selalunya kawan-kawan akan ingat korang. Seronoknya!

Ada sesetengah orang dari golongan ni akan menyambut hari jadi meraka setiap tahun walaupun dalam kalendar tak ada 29 februari. Nak tanya korang la, korang sambut 28 februari ke ataupun 1 Mac?? huh! Pening!
TAHUN 2004

Masa ni aku tingkatan 4.. kawan-kawan sekolah kenakan aku habis-habisan. Kasut sekolah aku dorang campak dalam kolam sekolah. Kejam sungguh! tapi tak pe, aku tak ambik hati pun. Tu memori terindah bagi aku. Masa tu aku dapat hadiah buah oren dan pensel warna.. tengs kawan2. I love you all. korang the best!

Tahun 2008
Aku dapat hadiah paling special.. bermalam di tepi pantai Port Dickson untuk melihat matahari terbit dan terbenam. Huhuhu.. pelik sungguh permintaan aku kan? Lepas tu, aku dapat hadiah teaddy bear dari encik tunang. Bestnyer!

Tahun 2012
Tahun 2012 ni plak, agak-agak dapat hadiah apa erk?? Tunggu jawapannya~ huhuhu