Program Doktor Turun Kampung

Terkejut juga bila baca harian metro hari ni, bila gambar aku bersama kawan-kawanku dimasukkan ke dalam surat khabar Harian Metro. Bangga tu, bangga la juga sebab sebelum ni belum pernah masuk surat khabar la katakan...huhu.

Sebenarnya,kami pun tak tahu yang ambil gambar kami tempoh hari seorang photographer. Masa tu kami duk sebok ambik pic ngan maskot Kapsul dari jabatan Farmasi, tetiba ada encik tu datang snap gambar kitaorg, kiorg pun ok je..tup-tup keluar surat khabar..hahaha. Terima kasih ye encik. [ berdasarkan kat gambar tu photograper dia SHAHRUL M.ZAIN ]

Program Doktor Turun Kampung

Comel tak aku posing dengan beg pink? hahaha..
*Harian Metro 22 November 2011*

Gambar ni diambil semasa kiorang pergi ke perkampungan orang asli kt Pagoh, join Program Doktor Turun Kampung, masa tu Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin pun datang sambil memberi sedikit sumbangan dan bantuan kepada penduduk orang asli kat sana. Tan sri memang terbaekk okeh!

Aku nak ulas sedikit tentang program ni, Program Doktor Turun Kampung ni bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan dan memberi khidmat perubatan secara terus kepada golongan yang memerlukan. Ye la kan, kampung tu jauh dari bandar dan apa salahnya jika kami sekali sekala melawat penduduk kampung secara terus ke rumah dorang.