Cara Hilangkan Bosan

Korang pernah rasa tak bila duduk sorang-sorang dalam bilik sehinggakan hampir mati sebab kebosanan tahap gaban?? Hahaha, aku selalu rasa macam tu. So entry yang aku buat kali ni, hanya untuk merepek semata-mata ok. Aku nak bagi tips bagaimana caranya nak hilangkan bosan korang tu.

1- Buka laptop.
a. Edit gambar korang yang tak berapa nak cantik tu.
b. Bukalah Facebook, Myspace, Twitter, Hi5, Frienster... ect..ect.. blogger ker.. banyak lagi la. Luahkan lah apa yang korang nak luah.
c. Buka internet.. cari tutorial apa-apa yang korang nak tahu. Contohnya, bagi siapa yang suka pakai selendang tapi tak reti macam mana nak pakai selendang..bolehlah cari tutorial yang berlambak kat internet ni.
d. Main game. Tak kira la game apa pun, janji seronok.

2- Bagi budak-budak perempuan pula, bagi siapa yang suka bermake up, bolehlah praktis make up kat dalam bilik tu. Dah siap make up, korang pakai la baju yang agak cantik bagi korang..pakai selendang ala-ala Hanna Tajima gitu. Selepas tu, korang ambik kamera.. ambik pic korang.. and then, korang post kat facebook..bagi orang lain komen..Hahaha.. buatlah pose ala-ala comel gitu. XP

3- Bagi siapa yang rasa-rasa diri tu pandai nyanyi, bolehlah membuat rakaman sendiri. Selepas tu, post kat Youtube.. manalah tahu boleh glamor macam Yuna. Hahahahha..~~ Tak pun, buat tutorial mengenai apa-apa yang korang berbakat. Exp: Cara pakai selendang, cara make up, cara buat doodle.. ect..ect...

4- Korang pergi dapur, pastu masak. Dah siap, bagi awek or pakwe korang rasa..OH! so sweet!

5-Ajak kawan-kawan pergi window shopping.

6-Yang terbaik, buka Al-quran.. dan dekatkan diri pada-Nya. Kan lagi bagus. ^_^!

Maaflah, sebenarnya masa aku buat entry ni, aku pun tengah bosan gak.

TIPS NO 2 TU YANG AKU SELALU BUAT, DAN INILAH HASILNYA!