Saringan Kejohanan Sukan Bahagian Zon Selatan


Wah! dah lama kot kejohanan saringan ni, baru sekarang nak cerita??haha, bukan apa..baru dapat gambar kejohanan tu hari ni, tapi gambar tak de la banyak sangat pun :D . Ermmm.. seronok sangat pergi ke acara sukan tu yang diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru tu. Aku pergi wakil kolej dalam acara bola tampar. Walaupun kalah diperingkat separuh akhir, setidak-tidaknya kami telah mencuba. Memang adat permainan kan? (nak senangkan hati nih..hehe), bagi yang telah terpilih mewakili zon selatan ke Kejohanan Sukan Peringkat Kebangsaan di Terengganu nanti, tahniah...:) Buat the best ok!


Aku si Jersi 9
*Jersi Volleyball No.9 aku*



Posing time!!

Atlit Kolej Kejururawatan Muar Kumpulan 1/ 2009



Atlit Kolej Kejururawatan Muar

*macam wakil negara jer.. kuning hitam*




Yang paling penting, terima kasih kepada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Johor Bahru kerana menyediakan tempat tinggal dan makan minum kami di sana. Kolej korang MEMANG CANTIK DAN SANGAT SELESA!! :)



Penat

Baru siap edit blog kakak, tapi blog sendiri terbiar...erm, tak pe.. tu la gunanya adik beradik kan?? apa guna kalo tak boleh nak tolong.huhuh... aku ni dah la tak reti sangat nak edit-edit blog ni, buka la tutorial dari blogger yang lain, and hasilnya sangat-sangat membantu..happy la juga.:)

Tu tak berapa nak penat lagi, hari ni hari pertama praktikal di wad pesakit mental lelaki, apa yang saya perhatikan pesakit-pesakit semua berpotensi untuk sihat ( i mean tak la sihat 100%) tapi boleh menjalani kehidupan yang lebih baik. Tapi apa yang saya lihat adalah sebaliknya, pesakit-pasakit kurang mendapat sokongan dari keluarga sendiri. Itu adalah salah satu faktor kenapa pesakit kembali seperti keadaan yang macam tu kerana keluarga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan kepada pesakit. aku harap aku tak la jadi macam tu suatu hari nanti..:P

EXAM OSCE

Lamanya tak edit blog neh, errm. busy dengan exam itu ini. Hari ni baru je habis exam ocse, em.. rasa macam nak mati pun ada. Ye la, saya sanggup menghadap 100 kali exam pen and paper daripada menghadap 1 kali exam osce ni. Nak tak nak, kena buat juga. Apa la nasib diri ni. Tak pe la, kena positifkan diri *(+) la sgt*..huhuhu...nasib baik trial je, so kena ambil ni sebagai pengajaran, kena usaha lagi.!! Chaiyok2... :P