Program Doktor Turun Kampung

Terkejut juga bila baca harian metro hari ni, bila gambar aku bersama kawan-kawanku dimasukkan ke dalam surat khabar Harian Metro. Bangga tu, bangga la juga sebab sebelum ni belum pernah masuk surat khabar la katakan...huhu.

Sebenarnya,kami pun tak tahu yang ambil gambar kami tempoh hari seorang photographer. Masa tu kami duk sebok ambik pic ngan maskot Kapsul dari jabatan Farmasi, tetiba ada encik tu datang snap gambar kitaorg, kiorg pun ok je..tup-tup keluar surat khabar..hahaha. Terima kasih ye encik. [ berdasarkan kat gambar tu photograper dia SHAHRUL M.ZAIN ]

Program Doktor Turun Kampung

Comel tak aku posing dengan beg pink? hahaha..
*Harian Metro 22 November 2011*

Gambar ni diambil semasa kiorang pergi ke perkampungan orang asli kt Pagoh, join Program Doktor Turun Kampung, masa tu Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin pun datang sambil memberi sedikit sumbangan dan bantuan kepada penduduk orang asli kat sana. Tan sri memang terbaekk okeh!

Aku nak ulas sedikit tentang program ni, Program Doktor Turun Kampung ni bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan dan memberi khidmat perubatan secara terus kepada golongan yang memerlukan. Ye la kan, kampung tu jauh dari bandar dan apa salahnya jika kami sekali sekala melawat penduduk kampung secara terus ke rumah dorang.


Cara Hilangkan Bosan

Korang pernah rasa tak bila duduk sorang-sorang dalam bilik sehinggakan hampir mati sebab kebosanan tahap gaban?? Hahaha, aku selalu rasa macam tu. So entry yang aku buat kali ni, hanya untuk merepek semata-mata ok. Aku nak bagi tips bagaimana caranya nak hilangkan bosan korang tu.

1- Buka laptop.
a. Edit gambar korang yang tak berapa nak cantik tu.
b. Bukalah Facebook, Myspace, Twitter, Hi5, Frienster... ect..ect.. blogger ker.. banyak lagi la. Luahkan lah apa yang korang nak luah.
c. Buka internet.. cari tutorial apa-apa yang korang nak tahu. Contohnya, bagi siapa yang suka pakai selendang tapi tak reti macam mana nak pakai selendang..bolehlah cari tutorial yang berlambak kat internet ni.
d. Main game. Tak kira la game apa pun, janji seronok.

2- Bagi budak-budak perempuan pula, bagi siapa yang suka bermake up, bolehlah praktis make up kat dalam bilik tu. Dah siap make up, korang pakai la baju yang agak cantik bagi korang..pakai selendang ala-ala Hanna Tajima gitu. Selepas tu, korang ambik kamera.. ambik pic korang.. and then, korang post kat facebook..bagi orang lain komen..Hahaha.. buatlah pose ala-ala comel gitu. XP

3- Bagi siapa yang rasa-rasa diri tu pandai nyanyi, bolehlah membuat rakaman sendiri. Selepas tu, post kat Youtube.. manalah tahu boleh glamor macam Yuna. Hahahahha..~~ Tak pun, buat tutorial mengenai apa-apa yang korang berbakat. Exp: Cara pakai selendang, cara make up, cara buat doodle.. ect..ect...

4- Korang pergi dapur, pastu masak. Dah siap, bagi awek or pakwe korang rasa..OH! so sweet!

5-Ajak kawan-kawan pergi window shopping.

6-Yang terbaik, buka Al-quran.. dan dekatkan diri pada-Nya. Kan lagi bagus. ^_^!

Maaflah, sebenarnya masa aku buat entry ni, aku pun tengah bosan gak.

TIPS NO 2 TU YANG AKU SELALU BUAT, DAN INILAH HASILNYA!




1MalaysiaRO

Pic char aku ngan char Encik Abg aku..
Sempat lagi dating time main game! :D

Korg pernah tak main game RO? Mesti pernah kan?? Aku baru jer main game ni, haha.. NOOB!~~ tapi tak per la, lama-lama ok la tu kan? Encik Abang aku kadang-kadang bengang gak kat aku, tak reti nak main. huhu... dia tak pe la, dah bertahun main... dah pro kot.. Kalau time WOE, dia ajak aku gak.. even tak reti lagi. hentam je la.. hik3

Saringan Kejohanan Sukan Bahagian Zon Selatan


Wah! dah lama kot kejohanan saringan ni, baru sekarang nak cerita??haha, bukan apa..baru dapat gambar kejohanan tu hari ni, tapi gambar tak de la banyak sangat pun :D . Ermmm.. seronok sangat pergi ke acara sukan tu yang diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru tu. Aku pergi wakil kolej dalam acara bola tampar. Walaupun kalah diperingkat separuh akhir, setidak-tidaknya kami telah mencuba. Memang adat permainan kan? (nak senangkan hati nih..hehe), bagi yang telah terpilih mewakili zon selatan ke Kejohanan Sukan Peringkat Kebangsaan di Terengganu nanti, tahniah...:) Buat the best ok!


Aku si Jersi 9
*Jersi Volleyball No.9 aku*



Posing time!!

Atlit Kolej Kejururawatan Muar Kumpulan 1/ 2009



Atlit Kolej Kejururawatan Muar

*macam wakil negara jer.. kuning hitam*




Yang paling penting, terima kasih kepada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Johor Bahru kerana menyediakan tempat tinggal dan makan minum kami di sana. Kolej korang MEMANG CANTIK DAN SANGAT SELESA!! :)



Penat

Baru siap edit blog kakak, tapi blog sendiri terbiar...erm, tak pe.. tu la gunanya adik beradik kan?? apa guna kalo tak boleh nak tolong.huhuh... aku ni dah la tak reti sangat nak edit-edit blog ni, buka la tutorial dari blogger yang lain, and hasilnya sangat-sangat membantu..happy la juga.:)

Tu tak berapa nak penat lagi, hari ni hari pertama praktikal di wad pesakit mental lelaki, apa yang saya perhatikan pesakit-pesakit semua berpotensi untuk sihat ( i mean tak la sihat 100%) tapi boleh menjalani kehidupan yang lebih baik. Tapi apa yang saya lihat adalah sebaliknya, pesakit-pasakit kurang mendapat sokongan dari keluarga sendiri. Itu adalah salah satu faktor kenapa pesakit kembali seperti keadaan yang macam tu kerana keluarga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan kepada pesakit. aku harap aku tak la jadi macam tu suatu hari nanti..:P

EXAM OSCE

Lamanya tak edit blog neh, errm. busy dengan exam itu ini. Hari ni baru je habis exam ocse, em.. rasa macam nak mati pun ada. Ye la, saya sanggup menghadap 100 kali exam pen and paper daripada menghadap 1 kali exam osce ni. Nak tak nak, kena buat juga. Apa la nasib diri ni. Tak pe la, kena positifkan diri *(+) la sgt*..huhuhu...nasib baik trial je, so kena ambil ni sebagai pengajaran, kena usaha lagi.!! Chaiyok2... :P

Ashari Samsudin

Baru-baru ni Malaysia telah digemparkan dengan kemenangan pasukan bola sepak muda negara melawan pasukan bola dari Republik Indonesia dengan agreget 4-2..Aku bangga tahap gaban. Ye la, dah lme kot tak dengar pasukan bola ngara kita menang~~TAHNIAH MALAYSIA!!
Aku mmg minat bab-bab bola ni..start dari umur aku 7 tahun, dah biasa keluar masuk penjara..OPS!! bukan-bukan, maksud saya keluar masuk stadium..tengok perlawanan bola. dan sekarang minat itu bertambah setelah kemenangan negara mendapatkan Piala AFF Suzuki..dan di tambahkan lagi dengan kehadiran Encik Berjersi 26..siapa lagi kalo bukan En.Ashari Samsudin...^___^...semua orang sibuk borak cari En.Safee..aku pulak duk melilau-lilau mencari kelibat encik berjersi 26. Ops!! jgn fikir yg bukan2..ia sekadar minat ok, yer lar.. kalau yang lain minat artis mcm Faizal Tahir or Shahir AF, tak salah kan kalau aku minat pemain bola, it's just minat..not cinta ok!! Huhu, nanti marah pulak cik abang aku..*cinta aku hanya untuk cik abangku seorang jer..tak ade 2 or 3*...
Dah la, tak nak tulis banyak2..sekadar nak bagitahu korang yang aku peminat a.k.a Fan No 1 pemain "berjersi 26"..
p/s: en. ashari, nk sainnnn... xdpt sain,bg no fon pon leh..hihihih~~
Encik abangku, jgn majuk2...ala bucuk2...ada juga pic abang dalam ni...

Tadaaaa....


Ni la en abg aku yang berjersi 9. Ni pic kandid..comel mutot die..hik3...