Jururawat, best ker?

Assalamualaikum w.b.t..
Sebenarnya aku dah lama bcita-cita nak jadi jururawat, start dari darjah 2 lagi. Kenapa aku nak jadi jururawat? Ntahlah...masa tu aku tak tahu lagi sebab apa..may be sebab uniform dorg smart..putih! Tapi lama kelamaan, bila masuk sekolah menengah, aku dah lupa.. yang aku dulu pernah nak jadi jururawat, sampailah satu masa.. my sister dapat tawaran masuk kolej Jururawat Masyarakat.. and start dari situlah aku dapat tahu serba sedikit life student nursing macam mana.. Tiba-tiba minat nak jadi jururawat tu datang balik.
Pada 2008, aku apply separa perubatan kejururawatan.. dapat! Ada exam, dan interview..alhamdulillah, terpilih jadi student nurse Kolej Kejururawatan Muar batch 1/2009. Zaman kolej aku, memang superb best. kawan-kawan, pengajar.. semua best! Rahsia berjaya melalui zaman student nurse dulu senang jer.. " ikut peraturan and lulus exam "..itu jer.
Masuk belajar nursing ni, dia dedahkan kita macam mana hadapi keadaan sebenar pekerjaan. Tak boleh main-main..sebab kau bekerja dengan nyawa, bukannya patung.Kau tahu, masa first day aku masuk wad praktikal sem 1, aku nak bagi oksigen nasal prong pun aku takut..hahaha..punya gabra. Lama kelamaan, ok la.
Jadi nursing student under kkm ni kira beruntung, ada elaun...dulu zaman kami dapat rm 621.21.. tolak itu ini, alhamdulillah..cukup, siap boleh hantar duit untuk mak setiap bulan lagi. Baju uniform free, buku-buku free.. best kan? So pada adik-adik yang dah masuk nursing ni, korang jangan la menyesal ke apa ok. Biasa la mula-mula nak sesuaikan diri.. lama-lama ok., percayalah!


Menyambut Hari Kelahiran Ke-7 Pada Umur 28 Tahun

Assalamualaikum w.b.t..
Semalam suami buat kejutan sempena hari jadi sy yg ke 7..pada umur 28 tahun. Kenapa yang ke 7? sebab saya dilahirkan pada 29 feb 88.. tahun lompat. Petang tu, suami tetiba marah-marah sebab connection streamyx slow katanya.. hempas-hempas barang.. sy pun geram la, sy g cabut cabel telefon..and sorokkan. Hahaha..jahat giler bini. Tapi, lepas tu saya pelik, kenapa suami diam je.. tak marah sy pun g cabut cable internet.. so, sy pun buat bodoh je la and tidur. Bila bangun tidur je, suami tak de kat rumah.. sy tak call pun tanya kat mana. Tak lama lepas tu, suami pun balik..and saya tanya dia gi mana? Dia jawab dia gi cuci kereta..n tetiba plak dia bawa kek hari jadi.. erm, terkejut gak.. hadiah? Tak de. Sebelum hari jadi, dia tanya byk kali, nak hadiah apa..sy tetap berkeras x nk hadiah.sy bukannya suka hadiah2 ni (kononnya!hahaha)

Kepada suami, Thanks sbb sambut hari jadi syg yer...  :)

Eh2, sy dh 28 eh?? mcm mimpi..